Ruang

209 10 0
                                    

         " Alright, starting from today Hakim akan jadi presiden kelab kamu yang baru menggantikan Zarif ", Miss Rahila selaku penasihat kelab bersuara di hadapan.
         Aku sedikit termangu dengan pengumuman tersebut. 'Zarif tarik diri ke?' ' sebab aku ke?' Pelbagai persoalan bermain di benak ku tika ini.
Aku melihat sekeliling, ternyata bukan aku seorang sahaja yang terkejut dengan pengumuman tiba-tiba itu.
" What happen to Zarif miss? ", salah seorang dari ahli kelab bertanya.
" Oh Zarif... ", sebelum sempat Miss Rahila menghabiskan ayatnya, telefon bimbitnya berdering kuat. Dia keluar sebentar untuk menjawab panggilan. Aku hanya mampu memandang gerak langkahnya sambil mengeluh kecil.
' dia suruh aku be professional pastu dia yang tarik diri ' , jujur aku sedikit geram dengan tindakan Zarif.
" Sorry semua, i need to go now. So Hakim awak boleh sambung discuss apa yang patut okay ", Miss Rahila berlalu pergi selepas itu.
      " Weh Hakim, awat tibe-tibe? Zarif tarik diri ke? ", Shahrul tiba-tiba bersuara.
      " Aku tak tahu do, miss tiba-tiba je call aku petang tadi suruh aku ganti Zarif ", Hakim yang sebelum ini hanya memegang jawatan ahli jawatan kuasa kelab basikal juga turut buntu.
      Bunyi ketawa Fara menyedarkan aku dari lamunan. Aku pandang Fara yang sedang bersila sambil memeluk bantal di sebelah.
     " Weh tak kelakar ke? Apesal kau tak gelak? ", Fara menepuk-nepuk bahuku sambil diselangi ketawanya.
     Skrin televisyen yang sedang menayangkan siaran langsung super spontan aku pandang hambar. Fikiran aku hanya pada apa yang berlaku petang tadi di kelab basikal. Sungguh pada mulanya aku berasa geram dengan tindakan Zarif namun entah kenapa saat ini tika ini perasaan bersalah pula menyentuh diri. Mungkin kata-kataku beberapa hari lepas menjadi sebab dia menarik diri secara tiba-tiba.
'Aku tak selesa dengan kau'. Argh, sungguh aku menyesal mengeluarkan kata-kata tersebut!
" Kau ni dah kenapa? Kau fikir apa ni weh? "
" Fara, Zarif sekarang dalam kelas cemane? ", ucapku kepada Fara.
    " Zarif? Oh dia dah tiga hari tak datang kuliah "
    " Kenapa dia tak datang? "
    " Entah. Aku ada tanya gak sebab cam pelik tapi semua tak tahu. Diorang try contact Zarif pun dia tak angkat "
     Aku terdiam mendengar kata-kata Fara.
    " Korang gaduh lagi ke? "
    " Isy kau ni, gaya kau cakap macam aku ngan dia kapel pulak nak gaduh-gaduh "
   " Tak de lah, muka kau ni macam muka orang baru lepas buat salah. Mana ler tahu kau ada cakap pape kat dia benda-benda yang tak patut "
     Aku akhirnya mengangguk kecil.
     " Seriuslah?! Kau cakap apa kat dia weh? "
     " Hmm.. aku cakap kat dia yang aku tak selesa ngan dia "
     " Kau cakap cemtu sebab apa yang dia kata kat kau dalam fon tu ke? "
      Aku mengangguk kecil lagi.
      " Hisy kau ni, kata-kata kau tu boleh buat dia kecik hati tahu tak "
      " Ye aku tahu "
      " Tapi kenapa tiba-tiba je kau rasa bersalah? Dia beritahu kau ke dia kecik hati? "
      " Sebab dia tiba-tiba tarik diri dari kelab basikal "
      " Seriuslah?! Oh my god! Nampak sangat dia merajuk ngan kau. Jangan kata dia tak datang kuliah sampai tiga hari pun sebab kau? ", Fara membulatkan matanya memandangku.
     Aku hanya tunduk tidak memberi respons terhadap kata-kata Fara.
     " Kau rasa patut ke aku pergi jumpa dia? "
     " Kau nak jumpa dia cemane? "
     Aku hanya mampu mengeluh kecil selepas itu.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang