Satu rasa

226 16 1
                                    

Sepanjang perjalanan menuju ke cafe uni, aku diam sahaja. Zarif yang berjalan sedikit di hadapan turut diam seribu bahasa.
" Jihan... malam ni kau free? " , dia tiba-tiba berhenti dan berpaling ke arahku.
" Tak! ", pendek aku balas, masih marah sebenarnya.
" Ok ", seperti biasa, Zarif juga membalas kata-kataku pendek.
" Kau nak apa? ", akhirnya aku memilih untuk membuang sedikit egoku.
" Kata tak free tadi? ", dia senyum kecil.
" Memang tak free pun cuma saje nak tahu kau nak ape "
" Tak pe la tunggu kau free baru aku cakap "
" Cakap je la sekarang! ", aku paksa Zarif meluahkan bicara.
" Amboi marah "
" Mestilah marah sebab kau tu selalu buat aku tertanya-tanya! Dah lah tetibe je dingin dengan aku, macam aku takde hati dan perasaan je! " , puas! aku puas dapat meluahkan segala rasa yang terpendam tapi tak lama sebelum aku tersedar pada satu hakikat. Opps! aku terlepas cakap... cepat-cepat aku tunduk menahan malu.
Zarif menghampiriku dan berhenti tidak jauh dariku. Aku masih dalam keadaan tunduk.
" Kate tak notice yang aku dingin dengan kau? "
          " Dah lah, cepat gerak. Banyak lagi pamhplet kita nak edarkan ni ", cepat-cepat aku sambung atur langkah menuju ke cafe uni.
           Aku terhenti. Kata-kata Zarif membuatkan aku terhenti.
          " Sebab aku suka kau Jihan... "

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang