Aku mengambil tempat di hadapan Zarif. Riak wajahku masam sahaja.
" Kau nak apa suruh aku jumpa kau kat kantin ni? "
Zarif tidak terus menjawab pertanyaanku. Dia berjeda seketika.
" Jihan, ada satu benda aku nak tanya kau "
" Apa? ", aku bertanya acuh tak acuh.
" Kau kawan baik Rita Razak ke? "
" Kenapa kau tanya aku? Sebab aku ngan dia dua-dua kena reject ngan kau? Kau nak buat bancian ke?", aku membalas sedikit pedas.
" Jihan, please jawab soalan aku "
Aku hanya diam tidak menghiraukan pertanyaan Zarif. Mataku melirik memandang kelibat orang lalu lalang di hadapan kami. Ada juga beberapa dari mereka yang tiba-tiba berbisik saat melintasi tempat kami. Ye la mestilah diorang pelik tengok aku dan Zarif duduk semeja.
" Kalau kau cuma nak tanya benda tu, better aku tak yah datang. Tu dah ramai yang bisik-bisik pelik aku duduk dengan kau ni. Dah lah aku nak pergi ", aku berkira-kira untuk bangun dari situ.
" Jihan, please. Aku nak tahu satu tu je. Kau kawan baik Rita Razak ke? ", Zarif masih tidak berputus asa bertanya.
Aku menarik nafas kecil. Apalah yang dia nak tahu sangat pasal Rita Razak ni.
" Dah kenapa kau nak tahu aku kawan baik dia ke tak ni? Fyi, aku tak kenal pun dia siapa. Aku tahu pasal dia lepas kawan aku cerita kat aku yang kau pernah reject dia. So nope aku bukan kawan baik dia. Puas hati? "
Zarif hanya diam mendengar kata-kataku. Mata dia tepat memandang mataku.
" Asal kau diam je? "
" Betul bukan? "
" Ya Allah. Aku tak de masa lah nak tipu pasal benda entah pape ni. Dah lah. Makin sakit hati pulak aku. Kau tak yah nak ruin last day aku kat sini okay ", aku bangun dari situ.
" Jihan... "
Aku menoleh memandang Zarif kembali.
" Dekat sekolah baru nanti, hati-hati pilih kawan ", Zarif bersuara tegas.
Keningku berkerut mendengar kata-kata Zarif. Dah kenapa dia ni?
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomansaTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu