Sudah masuk 10 minit aku menunggu di gazebo berhadapan dengan tasik uni ini, tetapi bayang si Zarif langsung tak kelihatan. Aku jadi bengang! Dia yang minta aku jumpa, aku pulak kena tunggu dia! Sebenarnya, kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku ingkar arahan Zarif hendak berjumpa di tasik petang ini tapi aku akui sedikit takut dengan ugutan dia.
" Oit, lama tunggu?", Zarif muncul juga di gazebo itu.
" Eh, tak lah. Baru 10 minit aku tunggu. Tak lah lama mane", Aku senyum memerli.
Zarif menghempaskan punggung nya betul-betul di sebelah aku. Aku bangun.
" Perlu ke nak dekat-dekat untuk cakap?"
" Alah, tak dekat mana pun. Tak bersentuh pun"
Aku merengus marah sebelum duduk kembali di gazebo tetapi dengan jarak sedepa dengan Zarif.
" Ok, let me straight to the point", Zarif memulakan mukadimah.
Aku hanya menanti kata-kata Zarif yang seterusnya.
" Hujung minggu ni, ikut aku pergi jumpa Nana", Zarif bersuara tegas.
" Jumpa Nana? Apesal pulak?", aku bertanya pelik.
" Sebab sekarang ni, kitorang still not in the good terms sejak kes dia nampak kite berdua tu so aku nak kau jumpa Nana dan explain perkara sebenar yang kite berdue tak de pape sebenarnya", Zarif berkata selamba.
" Pesal pulak aku yang kena explain benda alah tu?! Bukan aku boyfriend dia! And kita memang tak de kena-mengena pun, so susah sangat ke kau nak terang kan dekat dia?!", aku jadi bengang bila mana aku dikaitkan dengan masalah 'rumahtangga' mereka.
" Dia tak nak percaya kalau aku sorang je yang explain. Dia nak kau pun pi terangkan dekat dia. Tu lah kau, itu hari kau senyap je, so dia ingat memang betul kita ada apa-apa. Kan senang kalau time tu kau dah nafikan. Ni ndak. Diam je macam kau mengiyakan"
" Oh, so kau nak salahkan aku?! Kalau kau suka sangat Nana tu, kau usaha lah macam-macam cara tuk pujuk dia. Takkan tu pun susah?!"
" Bukan tu problem dia. Aku tak suka pun Nana tu dan dia pun bukan girlfriend aku and kalau ikut hati aku tak nak pun explain perkara sebenar tetapi masalahnya, bila dia merajuk cenggini, aku yang susah. Hari-hari kena leter dengan mama aku. So, no matter what, kau kena pi explain duduk perkara sebenar dekat dia hujung minggu ni"
" Tak nak! ", aku berkata tegas.
" u dont have any choice dear ", Zarif senyum sinis.
" Aku cakap tak nak, tak nak lah! Hal korang berdua, korang settle sendiri. Bukan hal aku! "
" Betul kau tak nak? Kau jangan lupa aku still pegang surat cinta kau tu ", Zarif senyum penuh makna.
Isyh, dia ni! Tahu mengugut je! Kenapalah aku jumpa dengan dia dekat uni ni! Tak tenteram hidup aku!
" Ye lah, yelah. Kali ni aku ikut cakap kau. Tapi ingat! Lepas ni kita dah tak de kaitan and kau kena buang surat aku tu!", aku memberi kata putus.
Zarif hanya tersenyum. Nampaknya plan aku berjaya. Sorry lah Jihan, nampaknya kita memang tak dapat lari dari satu sama lain! Nasib kau lah jumpa aku balik di UPM ni! Haha.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu