Tragedi surat cinta

317 11 2
                                    

        Sebulan dah pun berlalu sejak kejadian Zarif dicederakan tanpa sengaja oleh aku. Zarif pun sudah seminggu kembali semula ke sekolah tapi aku masih malu dan takut untuk face to face dengannya.
        " Hello guys. Ni Syasya ade announcement nak buat ni ", suara Syasya selaku dj radio sekolah terdengar riang di seluruh genap ruang sekolah. Aku yang sedang asyik melayan perasaan jadi fokus untuk mendengar sambungan seterusnya. Announcement ape pulak ni?
        " Syasya baru terima sepucuk surat ni. Ade request dari pemilik dia untuk bace surat ni ", Syasya gelak gedik.
        " Korang curious tak, nak tahu surat ape ni? " Syasya gelak gedik lagi.
        " and guess what? Surat cinta u'olls! ", Syasya sudah ketawa terbahak-bahak.
        Surat cinta? Siapa pulak yang tak tahu malu suruh bace surat cinta dia kuat-kuat ni? Entah pape entah budak sekolah aku ni. Aku sudah malas hendak mendengar sambungannya yang aku yakni mesti jiwang yang amat.
       " Sebelum Syasya bacekan surat ni, Syasya nak sebut nama penulis dulu lah ye ", Syasya terdiam sebentar.
       " Alrite. Ditulis ikhlas oleh Nur Jihan Rosly dan ditujukan kepada Zarif Idham dengan nota kaki ' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ", Syasya ketawa terbahak-bahak selepas menghabiskan ayatnya.
       Aku terpegun. Aku? Nama aku? Like seriously, nama aku?
      Isi surat yang dibaca oleh Syasya selepas itu menyebabkan aku pasti yang surat itu dikarang oleh aku, dengan kata lain surat cinta yang aku tulis untuk Zarif. Tapi macam mana surat tu boleh ada pada Syasya? Tak silap aku surat tu masih tersimpan kemas di dalam lokar. Tidak langsung berusik. Niat aku hendak serah pada Zarif pun terbantut disebabkan incident basketball tersebut.
      Aku jadi malu dan kaget. Budak-budak di dalam kelas sudah ketawa terbahak-bahak. Aku berdiri berkira-kira untuk segera berlari ke stesen radio sekolah.
       " Jihan... ", Sam yang baru balik dari toilet turut sama terkejut.
        Aku berlari pantas menuju ke stesen radio sekolah yang letaknya betul-betul berhadapan asrama puteri. Sepanjang perjalanan sempat lagi aku menangkap bunyi ketawa orang-orang sekeliling dan yang paling teruk siap ada orang yang cop aku ' perigi cari timba '.
        " Weh, Syasya! Kau ni dah kenape? Tak boleh ke jaga tepi kain kau sendiri je?! Yang sibuk nak jage tepi kain orang lain jugak dah kenape?! "
        " Dont put a blame on me. Ada orang yang suruh aku bacekan. Aku just jalankan tugas aku ", Syasya buat muka selamba badaknyer.
        " Mane dia?!", saat itu aku yakin ni pasti kerja salah seorang budak dorm aku. Aku pasti diorang yang selongkar lokar aku dan jumpa surat tu. Lagipun hubungan aku dengan budak dorm dah tak begitu baik semenjak kes aku cederakan Zarif. Maklumlah, rata-rata antara diorang turut merupakan kipas-susah-mati Zarif so memang tak silap lagi tekaan aku!
       " Aku yang suruh bace kuat-kuat surat tu ", Zarif tiba-tiba muncul.
       Aku terpegun. Zarif?
      " Well, ade orang passing dekat aku then aku dapat tahu penulis dia adelah kau so why not buat benda jadi fun sikit? "
      " Maksud..kau? "
      " Now kita seri. 1-1 "
      Aku terdiam.
      " Kau dah cederakan bahu aku and now aku dah malukan kau. So seri kan sekarang? ", Zarif sudah senyum sinis.
      " Ape masalah kau ni? Aku tak sengaja okay. Ye memang aku salah tapi kau tak patut balas cenggini sekali! "
     " Okay then, kenape tak de satu sorry pun aku dengar dari kau lepas tu? "
     Aku terdiam lagi.
     " Disebabkan kau, aku hilang spot aku dalam team. Kau tak rasa ke kau patut rasa bersalah sekarang ni? Ape yang aku buat belum cukup setimpal lagi dengan ape yang kau buat ", Zarif bersuara tegas.
     " Lepas ape yang kau dah buat ni, kau rasa kau still
layak ke terima maaf aku? "
     " Well then its okay. Aku dah cukup puas dah lepas malukan kau "
    " Bak balik surat tu! ", aku cuba merampas surat aku yang masih dipegang kemas olehnya.
    " Aku takkan bagi balik surat ni "
    " Ape masalah kau ni? Kau dah malukan aku, tak puas lagi ke? "
    Zarif hanya menggeleng kecil sambil senyum sinis.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang