Kelab basikal

255 13 0
                                    

Aku hanya membuntuti langkah Lia menuju ke tempat berkumpul ahli-ahli kelab basikal. Nasib baik ada Lia jadi tour guide aku. Kalau tak, mahunya aku blur sorang-sorang cari tempat tak jumpa. Aku pun satu, dah setahun dekat sini baru nak sibuk join kelab bagai.
" Eh Lia korang punyer aktiviti setiap hari ape? "
" Tak selalu pun buat, tapi biasenyer hari sabtu la "
Kami mengambil tempat duduk di bahagian belakang. Aku pandang sekeliling. Tak ramai pun budak-budak kelab basikal ni.
" Alright, semua dah ade ke? ", satu suara tiba-tiba muncul. Pantas aku menetapkan pandangan aku pada satu susuk tubuh lelaki yang baru sahaja masuk.
Wait.. aku tenung lagi lelaki itu inginkan kepastian. Zarif? Seriuslaah Zarif??!! Hisy, come on ar, kat mana-mana aku jumpa dia ni. Rimas pulak!
" Dia ke presiden kita? ", aku berbisik perlahan. Lia yang berada di sebelah mengangguk laju.
" Haah. Hensem kan? "
Cis. Lupe yang Lia langsung tak tahu menahu pasal kami berdua. Patutlah dia tak maklumkan dulu yang si Zarif ni presiden kelab. Kalau aku dari awal dah tahu confirm orang offer 1 juta pun tak hingin aku join kelab ni!
" Okay hari ni aku ada hal penting sikit nak beritahu ", Zarif bersuara tegas.
Aku cuba sedaya upaya untuk kekal tenang sambil berusaha sedaya upaya menyembunyikan muka aku di celah-celah belakang orang. Jangan sampai Zarif nampak, plis!
Gagal! Usaha aku 100% gagal! Mata kami bertembung sebentar sebelum aku sempat larikan pandangan dan acah-acah berborak dengan Lia yang masih setia berada di sebelah.
" Hmm. Naib presiden kite, Diana dah letak jawatan atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. So hari ni aku nak korang lantik naib presiden yang baru. Anyone yang ada nak calonkan nama sila angkat tangan okay ", suara Zarif masih tenang walaupun kami baru sahaja bertembung muka. Cis buang karan je aku jadi tak tentu arah sebab dia. Dia buat tenang buat cool je kottt.
Aku beranikan diri angkat muka seraya mencapai air mineral di hadapanku. Aku teguk perlahan-lahan.
" Saya calonkan Nur Jihan ", Lia bersuara selamba.
Aku yang berada di sebelah sudah tersembur, terbatuk-batuk. Lia!!!!!! Mahu sahaja aku jerit nama Lia sekuat hati.
" Alright. Nur Jihan. Lagi? "
" Saya bantah ", tanpa sedar aku bersuara. Siap berdiri lagi tu.
" Alasan? ", Zarif tenung aku tajam.
" Err... ", aku terkaku sebentar dengan pertanyaannya. Awat dia serius sangat ni?
" Sebab.. saya baru je join kelab ni. So better bagi peluang kat orang yang lagi berpengalaman ", yeay, nasib baik sempat fikir alasan logik.
" Kalau macam tu, bila kau sendiri nak jadi lagi berpengalaman? "
Aku terdiam mendengar kata-kata Zarif. Apa masalah dia ni?! Minggu lepas duk datang minta maaf lah apa lah. Hari ni macam nak telan aku pun ada. Tak payah lah nak serius sangat!
" Cadangan ditutup ", tiba-tiba satu suara menyampuk.
Aku terdiam. Cadangan ditutup?
" Alright then dengan rasminya Nur Jihan dilantik sebagai naib presiden kelab basikal yang baru "
Aku masih terpaku.
" Got it, Jihan? "
Wait, apa yang berlaku ni? Aku tengah kena troll ke apa ni? Senang-senang je aku jadi naib presiden? Arghhhhhhh!!! Aku tak nak!!! Serius tak nak!!!

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang