Kisah Zarif 4

191 10 0
                                    

P/s: again. Sori to those yang dh bace smpai bab before2 ni sbb tetibe untuk beberapa bab yg latest aku terguna nama Ezani instead of Jihan (klu korang perasan la). Lol. Tak sedar dah tertukar nama. Tu pun sbb cite lain yg aku tgh buat sekarang pakai nama Ezani. So x sdar trpkai nama Ezani gak tuk cite ni. skarang aku dah tukar balik and just nk confirmkan nama dia stay as Jihan bukan Ezani:)

Zarif masih termenung jauh memikirkan kata-katanya petang tadi. Fikirannya ternyata masih kusut.
Memori lima tahun lepas tiba-tiba datang berkunjung semula...
" Kau dapat surat cinta dari Jihan kan? ", Daud tiba-tiba menegur Zarif yang ketika itu sedang sibuk menyusun buku di dalam lokar.
Zarif menoleh sekilas. Rasa gembira dan teruja dia selepas menerima surat cinta Jihan semalam hilang tiba-tiba saat terlihat wajah Daud. Rasa marahnya pada Daud masih berbekas. Akhirnya dia hanya memilih untuk mengangguk kecil sahaja.
" Dia bagi kau face to face ke? ", Daud masih tidak give up bertanya.
" Tak. Ada orang pass kat aku "
" Oh I see.. "
" Kenapa kau sibuk nak tahu ni? Ke kau nak amik surat aku ni pastu pulangkan balik kat Jihan, then kata aku dah reject dia. Cenggitu? "
" Woah chill la Zarif. Aku tahu aku salah pasal dulu tu. Tapi dengar ni. Aku ada benda penting nak bitahu kau "
" Apa? ", Zarif menjawab acuh tak acuh. Tangannya masih ligat menyusun buku di dalam lokar.
" Hmm pasal surat cinta Jihan tu "
" Apa maksud kau? ", dia menoleh memandang Daud.
" Aku dengar dia sengaja bagi surat tu kat kau. Err.. sebab dia nak kenakan kau "
" Hah? Apa kau cakap ni? "
" Dia kawan baik Rita Razak "
" Hah? "
" Dia nak kenakan kau sebab kau pernah reject kawan dia. Kau pun ingat lagi kan cemana kejamnya kau reject Rita Razak dulu tu sampai dia pindah sekolah lain "
Zarif terdiam mendengar kata-kata Daud.
" Mana kau tahu ni? ", Zarif bersuara tegas.
" Dari kawan dia Sam tu. Orang yang kau minta tolong passkan surat"
" Takkan lah kawan dia sendiri nak cakap macam tu kat kau? ", Zarif masih ragu-ragu. Lagi-lagi memandangkan si Daud ini dulu pernah beria-beria membangkang rasa suka dia terhadap Jihan.
" Mana lah aku tahu. Kau boleh tanya Sam sendiri kalau kau tak caya. So nasihat aku before dia kenakan kau lagi jauh, better kau reject dia dulu "
Daud berjeda seketika.
" Hmm. Aku tahu kau dah terpikir nak reply surat cinta dia tu kan. Fuh, nasib baik aku beritahu kau benda ni dulu "
Zarif memandang Daud dengan pandangan kosong. Sungguh dia sendiri keliru dan tidak tahu siapa yang patut dia percaya.
" Zarif termenung fikir apa ni? ", Mak Tim tiba-tiba muncul di sebelah.
Zarif sedikit tersentak. Hilang terus memori lima tahun lepas dari ingatan.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang