Aku masih sabar menanti orang di hujung sana menjawab panggilan.
" Hello ", suara serak-serak basah dia membuatkan aku menelan liur sebentar.
" Hello...Err.. Zarif... ", aku masih teragak-agak untuk mengatur perbualan.
" Jihan.. ", Zarif juga seperti kaku di talian.
"Err.Ada missed call dari kau.Ada hal penting ke pasal kelab nak discuss? ", aku cuba 'play it cool' .
" Sori tertekan ", nada dia mendatar sahaja. Aku terdengar keluhan kecil dia selepas itu.
" Oh kalau cemtu tak de pape lah. Err... ingat ada hal... penting tadi ", aku jadi gagap semula. Perbualan ini mula terasa awkward.
" Jihan.. "
Aku membatalkan niat aku untuk meletakkan panggilan.
" Ye. Kenapa? "
Lama dia diam.
" Zarif? ", aku memanggil untuk memastikan dia masih berada di talian.
"Jihan.. aku jujur. Always..", panggilan dimatikan selepas itu. Dan aku masih terkelu dengan sebaris ayatnya itu..
Call dari Joe selepas itu menyedarkan aku dari lamunan.
" Hello Jihan. Aku tunggu je kau call balik "
" Oh.. tadi aku ada hal sikit "
" Oh patutlah tadi aku call, dia kata kau on call "
Aku terdiam sebentar mendengar kata-katanya.
Baru aku sedar akan satu hakikat.. antara Zarif dan Joe, aku pilih... Zarif?
Zarif, orang yang pernah lakar sejarah hitam dalam hidup aku dan Joe, kawan baik aku dari kecil lagi jadi kenapa orang pertama yang aku call kembali bukan Joe tapi Zarif? Kenapa aku pilih dia? Adakah aku yang tidak jujur di sini...?
![](https://img.wattpad.com/cover/63469089-288-k588217.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu