Malam itu, rumah sewa aku didatangi pengunjung yang tidak diundang. Sape lagi kalau bukan Zarif! Ni mesti sibuk datang nak cakap pasal kes hangat pagi tadi. Mana taknya petang tu, dah kecoh nama aku disebut-sebut di kalangan budak uni. Kalau nak gelar aku as 'victim' tak pe jugak, ni tidak, semua duk backup Nana tu. Alih-alih si Nana tu pulak di cop as 'victim'. Mana lah aku tak bengang. Terus aku ponteng kelas petang tu dan hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Ketukan di pintu oleh Fara mahupun Lia tidak langsung ku hiraukan.
Usai solat isyak tadi, aku terus berkira-kira hendak terus tidur. Malas mahu memikirkan masalah entah apa-apa ni.
" Jihan. Zarif ada kat luar tu nak jumpa kau ", suara Fara kedengaran di luar pintu bilikku. Mendengar je nama Zarif disebut, aku jadi geram balik. Tenang Jihan. Tenang Jihan. Aku cuba menenangkan diri aku.
Aku keluar selepas menyarung baju dan tudung ala kadar. Sebenarnya kalau ikutkan hati malas aku hendak melayan si Zarif ni, tapi aku sendiri curious nak tahu apa yang Zarif ni nak habaqkan.
" Nak apa? ", aku bersuara berbasa basi.
Ketika itu Zarif sedang bersandar di keretanya.
" Muka kau ok? ", nada Zarif sekata.
" Kenapa ngan muka aku? ", aku tahu sebenarnya apa yang dia maksudkan tapi aku sengaja hendak menduga.
" Nah amik ni "
" Apa ni? ", aku bertanya pelik. Mata aku tepat memandang ke arah sebuah bungkusan plastik sederhana kecil bewarna putih.
" Ubat sapu dekat muka. Redakan sikit kesan melecur ", nada Zarif masih sekata.
Aku terdiam sejenak.
" Muka aku tak melecur pun lah. Bukan air panas pun. Air suam je "
" Amik je lah "
Akhirnya, aku ambik jugak ubat di tangannya walaupun pada pandangan aku tak perlupun sapu ubat bagai sebab tak serius mana pun. Ni mesti sebab dia dengar cerita dari orang ramai yang yakni sudah ditokok tambah. Mungkin dia dengar muka aku melecur agaknya.
" Sorry ", Zarif berkata pendek.
" Tak perlu nak sorry kat aku. Just pi jumpa girlfriend kau tu dan explain semua benda kat dia "
" Dah "
" Dah? Then? "
" Nothing "
" Nothing? "
" Sorry "
" Kau ni dah kenape duk asik sorry ni. Apa yang Nana cakap lepas kau explain tu? ", aku tak sabar ingin tahu.
" Dia tak percaye "
Aku mengeluh kecil. Pening lah aku dengan Nana ni.
" Macam ni lah Zarif. Supaya benda tak jadi makin worst, better ko pi je dari sini. Karang keluar cite baru pulak "
" Jangan lupa sapu ubat "
" Hisy kau ni, kan aku cakap muka aku tak melecur pun, nak sapu ubat apenyer lagi. Dah cepat balik. Tak yah nak jadi mak aku pulak malam-malam cenggini "
" Kau kalau dah Jihan, Jihan jugak sampai sudah. Degil "
" Abes tu kau nak aku jadi dari Jihan ke Johan pulak ke tiba-tiba? "
" Serious hambar lawak kau ", Zarif sudah senyum memerli. Hah, ni baru the real Zarif.
" Hambar tak hambar aku tak kisah. Yang aku kisah kau lelama kat sini. Cepat balik "
" Baik madam ", dia menabik hormat aku sebelum masuk ke dalam keretanya semula. Aku hanya mencemik dengan tindakannya.
Sejurus selepas kereta Zarif meluncur pergi, aku merenung sebentar ke arah ubat di tangan aku.
" Baik jugak dia ni "
Eh eh apa aku pikir ni! No no Jihan. Dia tu Zarif . Ingat dia tu Zarif. Jangan tersentuh hati ke apa okay. Ketuk kepala sikit.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu