Rentak Hati

92 6 2
                                    


      Aku memandang Zarif seketika sebelum mengukirkan senyuman kecil.
      " Kenapa kau senyum tetibe ni? ", Zarif memandangku pelik.
" Haih, nak senyum pun dah tak boleh ke? ", aku bertanya sambil tanganku ligat mengacau cendol di hadapanku.
" takdelah. haritu kau nangis, harini tetibe senyum-senyum pulak. takut aku tengok ", dia memerli disitu sambil bergelak kecil di hujung ayat.
" Haritu nangis pun sebab kau. nasib baik takde pape jadi kat kau, kalau tak... ", oops aku terhenti di situ.
" Kalau tak apa..? ", Zarif memandangku menagih jawapan.
Aku melarikan pandanganku dan cepat-cepat menyuap masuk cendol masuk ke dalam mulut. Zarif hanya senyum kecil melihat telatahku.
" Hmm btw Zarif haritu kau cakap kau nak beritahu ak something. pasal apa yang berlaku 5 tahun lepas. Cepatla beritahu sekarang "
" Errr.. kan ak dah cakap dengan kau yang benda tu dah tak penting? "
Aku memandang Zarif tajam cuba memaksa dia untuk menceritakan hal sebenar.
" Ye tak de pape Jihan. dont worry okay? "
Aku kecewa. Zarif masih mahu berahsia tentang hal ini.
" Zarif... pasal Sam ngan Daud kan? "
Zarif terdiam. Mukanya kelihatan sedikit terkejut.
" Sam beritahu kau? "
Aku hanya mengangguk.
" Jadi kau dah tahu from A to Z? "
Aku mengangguk lagi.
" the fact yang aku suka kau sejak lima tahun lepas pun kau dah tahu...? "
Aku senyum kecil.
" Aku mintak maaf Zarif sebab salah faham dekat kau "
" Err tak pe..."
" So what now....? " Aku bertanya Zarif sambil mengangkat kening.
" Hah? " , Zarif tidak faham dengan maksud pertanyaanku.
" Jom kahwin ", aku senyum sambil menyambung kata-kataku. " Aku suka kau. dulu dan sekarang "
Zarif jadi speechless sebentar sebelum dia akhirnya mengangguk laju.
" Betul kan ni? ", dia masih tidak percaya.
Aku mengangguk memberikan kepastian.

'Ye Zarif. Penat aku cuba tolak feeling ni tapi masih... masih rentak hati yang sama seperti lima tahun lepas. Hanya kau di hati..... ', monolog ku sendiri..

Note: yayyy finally i managed to complete this story:) so hopefully u guys enjoy it! thanks everyone

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang