Aku masih asyik memerhati gelagat Zarif yang sedang bersungguh-sungguh bermain basketball di gelanggang. Ye, inilah rutin aku setiap petang, takkan pernah terlepas untuk berkunjung ke gelanggang basketball ini hanya untuk melihat encik crush beraksi. Tapi bukan aku seorang je, berdozen lagi kipas-susah-mati Zarif turut hadir memeriahkan gelanggang. Hmm ramai saingan aku rupanya.
" Weh, Jihan. aku dah agak dah kau mesti kat sini ", Sam tiba-tiba muncul dan duduk di sebelahku.
" Tak bosan ke kau tengok dia hari-hari cenggini? "
" Gile nak bosan? Orang kacak hebat main basketball cenggitu takkan lah aku rasa bosan "
" Hisy kau ni. Dah macam stalker tak bertauliah pun ada aku rasa "
" Hello, term stalker tu just digunakan untuk orang yang rasa dia tak de harapan je okay "
" Then kau nak cakap kau ada harapan lah ni nak end up dengan dia? "
" Aku dah tulis satu surat nak bagi dekat dia ", aku berkata bangga.
" Ewww. Ape kuno kau ni bagi surat cinta lagi? "
" Biar lah. Hard work never betrays , tahu tak? ", aku mula berfalsafah.
" So kau memang dah serius lah nak bagi dia ni? "
" Yup "
Sam hanya menggeleng-geleng mendengar jawapan aku.
" Tolong passkan bola tu ", seorang pemain melaung kearah ku. Baru aku sedar bola yang tadi berada di dalam gelanggang sudah berguling- guling di hadapanku.
" Oh alrite ", aku termangu sekejap sebelum cepat- cepat menendang bola tersebut.
Tetapi malang tidak berbau, bola yang ditendang oleh kaki bola yakni aku tadi sudah tersasar jauh dan mengena tepat pada bahu Zarif. Ye, Zarif. Diulang Zarif! Habis lah aku. Ye, aku. Diulang aku!
Sam yang berada di sebelah sudah ternganga. Zarif sudah terduduk mengaduh kesakitan dan aku masih terpaku berdiri di tempat aku. Orang lain sudah berlari mengerumuni Zarif termasuklah sebahagian besar kipas-susah-matinya. Coach mereka yang sedari tadi berada di luar gelanggang sudah kelam kabut berlari mendapatkan Zarif. Maklumlah Zarif pemain terbaik pasukan diorang dengan kata lain anak emas coach so sebarang kecederaan pada Zarif akan memberi impak yang besar dekat pasukan diorang.
" Weh Jihan. Ape kau buat ni? Kau tahu tak bola basketball dah la besar berat ", Sam sudah mengomel-gomel di sebelahku.
Aku masih dengan pose terkejut aku. Hanya selepas aku lihat mereka mengusung Zarif pergi, baru aku sedar apa yang aku baru sahaja buat.Note: haha sbnarnyer aku pn x psti boleh ke bola basketball buat orng injured smpai cemtu skali? Tapi lantaklah, kate novel kan so semua benda possible je jadi hihi
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomansaTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu