Kisah Zarif 6

183 9 0
                                    

       Dia sudah tidak kisah lagi. Apa nak jadi, jadi lah. Lagipun bukan setahun dua dia terpaksa menipu dengan perasaan sendiri, sudah lima tahun okay. Ye mungkin pada awal-awal dia bertemu Jihan semula dia masih ego sehinggakan seboleh mungkin dia cuba untuk menutup perasaan sukanya kepada gadis itu.
    Dan dia masih ingat lagi dia pernah memberi amaran kepada Jihan untuk tidak betul-betul suka kepadanya sewaktu Jihan terpaksa menyamar menjadi girlfriendnya suatu ketika dahulu. Sungguh ketika itu dia bukan sekadar berjaya menipu Jihan namun dia juga hampir tertipu dengan perasaannya sendiri.
     Namun kuasa tuhan siapalah yang tahu. Perasaan sukanya semakin hari semakin kuat sehinggalah sampai ke tahap ini dimana dia akhirnya membuat keputusan untuk meminang Jihan. Ye mungkin agak drastik tapi seperti yang dia katakan tadi, dia sudah tidak kisah lagi. Apa nak jadi, jadilah. Apa yang dia tahu, dia ingin memperisterikan Jihan dan membuktikan pada gadis itu yang semua kata-katanya benar, jujur dan ikhlas.
     " Jihan... "
      Petang itu, dia aturkan pertemuan dengan Jihan.
    " Zarif... aku nak minta maaf banyak-banyak tapi aku harap kau dapat cancelkan pinangan kau ", Jihan bersuara tenang.
Zarif kecewa.
" Kau tak nak fikir dulu? ", dia masih berharap.
Jihan berjeda seketika.
" Zarif... kau ingat kahwin ni benda main-main ke? ", Jihan masih bersuara tenang.
" Kau still ingat aku main-main? Kau still ingat feeling aku kat kau selama ni main-main? "
" Zarif, aku still tak boleh lupakan apa yang kau pernah buat dulu. Dan disebabkan benda tu jugaklah seboleh mungkin aku try pun aku still tak dapat nak percaya dengan satu pun kata-kata kau ", Jihan bersuara tegas.
" Apa lagi yang aku perlu buat tuk buktikan kat kau yang feeling aku kat kau real, Jihan? "
" No need Zarif. Even kalau kau betul maksudkan sekalipun, sume dah useless sebab... aku dah tak de sekelumit pun feeling kat kau. Dan apa yang kita tengah cakapkan bukan pasal benda remeh temeh, it's about marriage Zarif "
Zarif menarik nafas kecil. Sungguh dia sudah buntu. Susah betul untuk dia lenturkan hati gadis bernama Nur Jihan di hadapannya ini.
Zarif bangun dari duduknya selepas itu.
" Satu je aku nak cakap. Aku takkan give up Jihan. Aku akan try 1000 kali harder sampai kau suka aku balik. Mark my words, Jihan "
" Zarif... please stop "
" No Jihan. I'll never stop until i get to hear your 2nd confession ", Zarif bersuara sedikit tegas seraya berlalu dari situ.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang