Happy Birthday

106 10 0
                                    

      Walaupun beria Zarif menolak, Mak tim tetap juga menyuruh kami beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada Zarif.
     " Nek ni tak payah la nyanyi2 bagai. Zarif dah besar dah. Biar Zarif tiup je lilin ni hah", Zarif buat muka kelat.
" Tak besar mana pun kamu tu. Dah2 jom kita semua nyanyi ramai-ramai ea"
" Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Zarif, Happy Birthday to you...."
      Nana yang masih tidak berganjak posisinya di sebelah Zarif sudah bertepuk tangan kuat diselangi ketawa manjanya seusai kami semua selesai menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Zarif. Aku hanya mampu tersenyum tawar melihat gelagat Nana.
      " Cepatlah you tiup. Jangan lupe wish dulu before that ", Nana bersuara.
       Zarif terdiam seketika seraya membawa pandangannya ke arahku. Dia merenungku sesaat dua saat tiga saat sebelum 'proceed' meniup lilin tersebut. Jujur aku terpana sebentar dengan renungannya. Mungkin kerana sudah hampir tiga minggu kami tidak bersua wajah, renungannya terasa lain sekali kali ini. Aku menyentuh dadaku. Terasa jantungku berdetak kencang.
" Jihan? "
" Err.. Ye Nek? "
" Makan lah kek ni. Zarif dah potongkan untuk kamu ni", Mak Tim tersenyum sebelum tangannya pantas menyerahkan sepotong kek yang sudah diletakkan di atas piring kecil.
" Terima kasih Nek ", aku sambut piring tersebut seraya tersenyum.
" Hmm, Jihan... Nek nak minta maaf dengan kamu...", Mak Tim menarik lembut tanganku membawa ku pergi ke tempat sedikit jauh dari yang lain.
" Minta maaf sebab apa Nek? ", aku bertanya pelik disitu.
" Nek nak minta maaf bagi pihak Zarif..."
" Err...maksud Nek?"
" Maafkan Zarif ye sebab tarik balik pinangan tu"
Aku terdiam seketika.
" Dia pun baru beritahu Nek semalam lepas Nek tepon kamu tu. Dia kata dia dah bersama semula dengan Nana. Nek pun baru tahu kamu berdua dah tiga minggu tak bercontact. Hmm... ", Mak Tim sedikit sedih disitu.
Aku masih terdiam. Terpempan sebenarnya.
" Kalau Nek tahu lagi awal Nek tak jemput kamu datang. Sedih Nek tengok kamu terpaksa tengok..."
" Eh tak pe lah Nek. Jihan tak kisah pun", aku potong ayat Mak Tim. Aku cuba mengukir senyuman walau aku tahu betapa kelatnya senyuman itu.
"Penat Nek cuba nasihat si Zarif haritu suruh dia jumpa kamu semula tapi dia bertegas tak mahu", Mak Tim mengeluh kecil.
Aku cuba kawal riak wajah.
" Nek tak pe Nek. Lagipun Jihan tengok Nana tu betul-betul sepadan dengan Zarif. Sama kacak sama cantik", aku mengenggam tangan Mak Tim cuba untuk menyakinkan dia yang aku baik-baik sahaja dengan keputusan Zarif tersebut. Walhal aku juga yang terlebih dahulu menolak pinangan tersebut.

Tapi..... kenapa...... kenapa hati aku... rasa pedih sangat? Terasa begitu sakit dan pedih.... Tanpa sedar air mata ku menitis perlahan. Aku terkesima sebentar dan segera mengelap laju air mata tersebut, tidak mahu disedari oleh Mak Tim mahupun yang lain.

" Err Nek. Jihan rasa jihan kena balik dulu. Jihan baru teringat jihan ada hal petang ni", aku memberi alasan untuk segera beredar dari situ.
" Oh yeke? Hmm kamu nak balik naik apa ni? "
"oh tak pe-takpe. Jihan boleh naik teksi", aku bersalaman dengan Mak Tim seraya itu.

" Jihan, biar aku hantar ", Zarif muncul tiba-tiba di situ. Aku cuba seboleh mungkin untuk tidak bertentang mata dengannya. Tidak mahu dia sedar yang aku baru sahaja menitiskan air mata.

" Tak payah. Aku naik teksi je ", aku bersuara tegas. Tidak ku hiraukan Mak Tim yang masih berada di situ.

" Mak Tim, Jihan balik dulu. Assalamualaikum ", aku beredar selepas itu, laju-laju mengatur langkah keluar dari rumah tersebut. Tidak mahu lagi aku menjejakkan kaki ke sini. Dan tidak mahu lagi aku mengingat atau menyebut nama itu. Cukuplah sampai disini sahaja. Tamat sudah kisah antara kita Zarif Idham Bin Ismail. Selamat Tinggal.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang