Pening

220 8 0
                                    

Kata-kata Zarif semalam masih melekat di dalam fikiran ku. Separuh dari aku cuba untuk mempercayai sahaja kata-kata Zarif dan separuh yang lain masih cuba untuk menafikan. 'Ya Jihan, kau tak boleh tertipu lagi dengan si Zarif tu ' . ' Tak Jihan, manusia boleh berubah. Zarif betul-betul sukakan kau! ' . Akhirnya aku memilih untuk mengeluh kecil.
" Lia, aku nak withdraw la dari kelab basikal ", aku nyatakan keinginanku kepada Lia petang itu.
" Weh serius lah?! Tapi benda alah tu nak dekat dah weh. Susah lah kalau kau as naib president tiba-tiba tarik diri "
" Tak Lia, aku percaye je bende tu akan berjalan even tanpa aku "
" Tapi kau tak baik buat cemni Jihan. Kau dah start separuh jalan, habiskan je lah sampai penghujung. Lepas competition tu, kalau kau nak berhenti, berhenti lah. Aku takkan halang dah "
Aku pandang Lia lama, masih memikirkan kelogikan kata-katanya. Patut ke aku teruskan?
Aku masuk ke bilik sesudah itu, mengharap akan ada penyelesaian terhadap kekusutan ini.
Missed call dari Zarif hanya menyebabkan aku makin buntu. Aku capai telefon ku dan terpampang dua missed call. Satu dari dia dan satu lagi dari Juhari aka Joe. Aku mengurut kecil dahi ku. Siapa yang patut aku hubungi dulu?

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang