Kereta hitam Zarif meluncur laju memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat itu. Selepas itu cepat sahaja dia mematikan enjin sesudah selesai memarkirkan keretanya.
" Yanie mane mama? ", Zarif menegur Datin Mastura yang sudah sedia menantinya di ruang tamu.
" Mestilah dia dah balik Zarif. Dah lewat sangat dah ni "
" Yanie tak tunggu Zarif ke? "
" Amboi, takkan mama nak suruh dia tunggu Zarif sampai dua jam. Mama yang suruh dia balik dulu tadi sebab kesian dah lewat sangat. Esok dia datang lagi dia kata ", ulas Datin Mastura.
" Dia tidur mana? Rumah dia kan kat Perlis? "
" Mama dah offer dah tadi suruh dia tidur sini je tapi dia tolak. Dia kata nak melawat kawan perempuan dia kat bangsar sekali tidur sana "
Zarif mengeluh kecil. Sangkanya tadi, sesudah sampai di rumah dapatlah dia bersua muka dengan gadis kecil molek Yanie aka sepupunya itu. Dah lama jugak dia tidak bersua muka dengan Yanie. Maklumlah keluarga Yanie merangkap auntie dan uncle Zarif duduk jauh di Perlis, jadi mereka sekeluarga selalu terlepas hendak beraya bersama. Mereka juga tidaklah seberada keluarga Zarif, maka nya hendak datang ke kl selalu tu agak susah bagi mereka.
Tadi ketika dia dapat khabar dari mamanya yang Yanie datang melawat, gembira bukan kemain dia rasa. Dia dengan Yanie memang sangat rapat. Walaupun jarang berjumpa tetapi mereka selalu bercontact.
" Hello Yanie, sori call malam-malam. Lama ke Yanie tunggu tadi?Sori la abang pergi Muar tadi lawat orang dekat hospital "
" Eh tak pe-tak pe. Nanti esok Yanie datang lagi. Abang dah kat rumah auntie ke ni? "
" Haah "
" Yanie yang patut cakap sorry sebab tak pasal-pasal abang kena gerak balik kl malam-malam "
" Not a big deal la Yanie. Abang yang beria-ria balik terus malam ni sebab tak sabar nak jumpa Yanie "
Yanie tergelak kecil di hujung talian.
" Dah abang pergi lah rehat. Esok petang Yanie datang okay "
" Nak abang pergi jemput Yanie tak? "
" Eh tak pe-takpe. Nanti Yanie suruh kawan Yanie ni je tolong hantarkan "
Zarif mematikan talian selepas menjawab salam Yanie. Dia berjeda seketika sebelum tiba-tiba dia teringat pada satu nama. Oh Jihan. Pantas tangannya mendail nombor Jihan.
" Opps sori. Dah tidur dah ke? "
" Baru je nak tidur. Awat? ", Jihan bersuara malas-malas.
" Kau dah masak ke tadi untuk aku? "
" Mestilah tak "
" Oh nasib baik. Baru nak rasa bersalah tadi "
" Kau call sebab risau aku dah masak ke? "
" Mestilah. Aku tak de lah kejam sangat. Mesti lah aku rasa bersalah kalau kau dah masak "
Jihan diam sebentar mendengar kata-kata Zarif.
" Dont wori lah. Aku tak de lah baik sangat nak masak kan untuk kau. Aku saje je main-main cakap nak masak tadi. So tak perlu rasa bersalah "
" Oh really? Tapi kenapa tadi aku dapat mesej dari Joe cakap kau ada datang bagi makanan untuk aku? ", Zarif sekadar menduga. Hakikatnya, tiada langsung sebarang mesej yang dia terima dari Joe. 'Ye la nombor aku pun Joe tak tahu, mana lah nak dapat mesej dari dia!', Zarif berkata di dalam hati.
Jihan terdiam. Terkantoi sudah. Buat malu je.
" Apa-apa je la Zarif. Bukannya kau dapat rasa pun nasi goreng aku tu. So anggap je aku tak pernah masak untuk kau "
Zarif ketawa kecil.
" Oh so betul lah kau ada bawak makanan untuk aku? "
" Dah lah aku nak tidur ni. Bye ", Jihan terus mematikan panggilan selepas itu. Zarif hanya tergelak kecil. Jihan.. Jihan..
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
Roman d'amourTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu