" Kau buat apa kat sini?! ", aku terkejut. Ye super duper terkejut. Keluar je dari rumah pagi ini, si Zarif sudah terpacak di depan pagar bersama kereta hitamnya. Dia hanya buat muka selamba.
" Datang jemput kau lah ", Zarif jawab dengan selamba.
" Perlu ke? "
" Perlu lah "
" Tak payah. Aku nak naik bas ", aku berdegil.
" Kalau macam tu bayar harga minyak aku datang sini penat-penat, tapi kau tak nak aku hantar kau balik "
" Apesal pulak? Ada aku suruh ke kau datang sini jemput aku? "
" Okay fine. Kau balik lah naik bas ", Zarif sudah bersedia untuk masuk kembali ke dalam keretanya.
" Okay Bye ", aku menjawab selamba.
Zarif terhenti. Dia mengeluh seraya menutup kembali pintu keretanya.
" Kenapa? Tak jadi balik ke? ", aku sudah ketawa di dalam hati.
" Okay fine. Kau menang "
Aku hanya tersenyum puas.
" Tak boleh ke aku nak hantar kau balik sekali ni je? "
" Yang kau beria nak hantar aku balik kenapa? "
" Sebab aku ni baik. Fikir kau susah kena balik naik bas ", Zarif pura-pura buat ayat minyak simpati.
" Tu la lain kali nak buat apa-apa jangan main terjah je. Tanya aku dulu boleh ke tak kau nak datang jemput ", aku berceramah sebentar.
" Ye ye ", Zarif buat muka malas nak dengar.
Sejurus itu, aku menarik beg menuju ke bonet keretanya.
" Cepatlah bukak bonet ni "
Zarif tersenyum mendengar arahanku. Tak tahu lah hari ni aku atau dia yang menang.
" Nana tak cakap pape ke kau asyik pergi Muar ni? ", aku sekadar bertanya. Karang tak pasal-pasal ada serangan kedua pulak.
" Aku ngan Nana dah tak de kaitan dah "
" Hah? "
" Dia dah move on lah kot. Senyap je lately ni tak cari aku ", perhatian Zarif masih pada pemanduan.
Aku diam tidak membalas kata-kata Zarif.
" Kenapa? Kau takut dia datang serang kau lagi ke? "
" Sori sikit. Tak de nyer aku nak takut dengan Nana tu "
" Dont wori lah Jihan, aku sendiri akan make sure benda sama takkan berlaku lagi "
Aku hanya mengalihkan pandangan ku keluar tingkap.
" Tu sekolah lama kita ", Zarif tiba-tiba bersuara saat keretanya melewati bangunan sekolah lama kami.
" Tempat aku dapat surat cinta kau ", Zarif sudah ketawa kecil.
" Perlu ke kau ungkit benda tu? "
" Mestilah, tu memori paling best time aku kat sekolah tu "
Aku terkesima mendengar kata-katanya. Dapat surat aku memori paling best?
" Memori paling best sebab aku berjaya kenakan kau balik guna surat tu. Lawak bila teringat balik muka kau marah lepas aku suruh Syasya announce surat tu "
Kurang ajar Zarif! Aku ingatkan apa lah tadi. Rupa-rupanya memori paling best sebab dia berjaya kenakan aku guna surat tu!
" Tapi lepas tu kau pindah, dah tak boleh aku kenakan kau lagi.. "
Aku hanya mencemik mendengar kata-katanya. Malas aku nak layan dia merepek pasal kisah lama yang langsung tak best tu. Aku buat-buat tidur.
" La, tidur ke? "
Selepas itu aku hanya mendengar dia mengeluh kecil sebelum tiba-tiba dia bersuara.
" hmm.. Aku tipu actually ", Zarif berbisik perlahan.
Tipu? Tipu apa? Nak tanya karang aku dah pura-pura tidur. Hmm.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
Storie d'amoreTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu