Pre-celebration

217 9 0
                                    

Aku berlari-lari mencari kelibat Zarif. Namun bayangnya tidak kelihatan di mana-mana. Kunci keretanya masih ku pegang kemas.
" Nampak Zarif tak Lia? "
Lia hanya menggeleng.
" Kau dah ganti ke hadiah tu Jihan? "
" Hah? Dah-dah. Aku dah bagi kat Shahrul "
Aku yang masih tercungap-cungap cuba untuk menarik nafas panjang.
" Kau dah kenapa beria cari Zarif ni? Nak pulang kunci kereta ke? ", Lia mungkin sudah tahu khabar aku menaiki kereta Zarif untuk membeli hadiah tersebut.
Aku terdiam seketika. Fikiranku tiba-tiba melayang kembali kepada sepucuk surat yang aku baca sebentar tadi di dalam kereta. Sungguh aku tergamam dengan isi kandungannya. Masih tidak percaya yang Zarif si penulisnya dan masih tidak percaya... aku si penerimanya? Aku yakin dan pasti surat itu ditulis lima tahun lepas. Tapi tak mungkin Zarif... Senang kata aku perlukan penjelasan.
" Jihan. Majlis perasmian dah nak start. Kau dah ready kan speech nanti? ", Hakim tiba-tiba datang menghampiri aku dan Lia.
" Hah? ", fikiran aku masih lagi menerawang sebenarnya.
" Jihan? "
" Err.. ye dah "
" Alright bagus. Nanti gerak pergi start line ok "
Aku mengangguk perlahan.
Aku dan Lia sama-sama bergerak menuju ke arah tempat para peserta berkumpul. Di sana aku sudah dapat melihat barisan vip yang dijemput untuk merasmikan pertandingan berbasikal ini. Namun mata aku masih melilau mencari kelibat Zarif. Tapi bayangnya masih tidak kelihatan di mana-mana. Aku hampa...
Selepas sahaja aku berucap satu dua patah, Hakim pula muncul di hadapan untuk turut sama berucap. Minit-minit selepas itu hanya lah ucapan dari barisan vip yang secara langsungnya merasmikan pertandingan ini.
Sepanjang pertandingan itu berlangsung, kelibat Zarif masih tidak kelihatan.
Aku bergerak menuju ke arah hadapan dewan sesudah sahaja majlis penyampaian hadiah. Kereta Zarif masih berada di situ.
" Dia tak nak kunci kereta dia balik ke? ", aku bersuara perlahan masih melilau mencari tuan empunya kunci ini.
" Eh Jihan, jom lah ikut diorang pi sambut makan-makan ", Lia menepuk bahu aku perlahan.
" Aku tak gi kot Lia. Nak kena bagi kunci kereta ni kat Zarif "
" Oh ye ke. Alright-alright. Aku gerak dulu kay "
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.
Aku bersandar di bahagian pintu pemandu. Masa berlalu dan bayang Zarif masih tidak kelihatan.
' Call banyak kali pun tak angkat ', aku menarik nafas kecil.
" Hello Lia. Nape? "
" Jihan, kau still tunggu Zarif ke? "
" Haah. Tak nampak langsung bayang dia ni hah. Why? "
" Dia ada kat sini ni makan ngan kitorang. Baru je sampai naik kereta Hakim tadi "
" Like seriously? Dia lupa ke kunci kereta dia kat aku? Aku call dia banyak kali kot tak angkat-angkat ", aku sedikit marah di situ.
" Err.. dia tak tahu lagi ni kau still tunggu dia. Kau datang lah sini naik kereta dia tu. Kitorang kat Tony Romas Midvalley ni "
Aku menarik nafas kecil sebelum membalas kata-kata Lia.
" Ye lah-ye lah. Jap aku datang "
Aku menutup panggilan seraya itu.
" Isy dia ni. Cakap lah awal-awal. Angkat col ke. Ni tak biar aku sorang-sorang tunggu kat sini, dia hepi-hepi pergi celebrate bagai ", aku mengomel sendiri.
Aku sampai di Tony Romas Midvalley beberapa minit kemudian. Mata aku melilau mencari kelibat mereka.
' Tak de pun. Dah balik ke? '
Baru sahaja aku ingin bergerak melangkah keluar, bunyi letupan kecil kedengaran dari arah belakang. Aku tersentak.
" Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Jihan. Happy birthday to you "
Aku tergamam.
Lia memegang kek di hadapanku. Di sebelahnya pula Hakim, Shahrul, Nabila, Aina dan yang lain-lain dan kelibat Zarif masih tidak kelihatan.
" Cepat tiup Zani "
Aku tersenyum sebelum pantas meniup lilin di hadapan ku.
" Ape ni korang, malu aku ", aku bersuara sedikit malu.
Mereka yang lain tergelak melihat reaksi ku.
" Birthday aku esok la. Tapi papepun thanks korang! ", aku tersenyum.
" Haha. Tak pe biar kitorang jadi orang pertama yang sambut. Pre celebration gitu "
Aku tergelak kecil.
" Ni semua idea Zarif weh ", ucap Nabila seraya ketawa.
Aku terdiam mendengar kata-kata Nabila. Zarif?
" Dia kat mana? "
" Oh tadi dia ada tapi lepas tu dia kata dia ada hal jap. Nanti dia datang balik "
" Oh.. "
" Eh dah lah jom lah duduk ", Shahrul memanggil kami semua kembali ke tempat duduk.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang