Zarif termenung jauh. Ingatannya membawanya kembali mengingati apa yang berlaku dua hari lepas dan masih segar dalam layar memorinya tangisan Nur Jihan.... Ye tangisan Nur Jihan...
Kenapa dia sampai menangis risaukan aku? Hmm.... hatinya mulai berdegup kencang. Dia menarik nafas kecil. Dia bangun dari tempat duduknya lalu bergerak menuju ke arah balkoni di dalam biliknya.
Cuaca pagi itu nyaman sahaja. Dia merenung jauh ke arah tasik buatan di halaman rumah. Matanya menangkap kearah ikan-ikan pelbagai warna yang sedang berenang bebas di dalam air tasik yang bewarna hijau lumut itu. Tidak lama sebelum dia dibawa mengingati kembali.....
" Jihan... ada benda yang aku nak cerita kat kau pasal apa yang berlaku lima tahun lepas "
Dia mengeluh kecil. Sekarang dia buntu. Patut ke atau tidak patut dia membuka kisah lama kepada Jihan? Atau dia patut diamkan sahaja? Sebab dia pasti Jihan akan jadi lagi bercelaru selepas mendengar ceritanya. Tambahan lagi Sam, kawan baik Jihan sendiri dan juga Daud yang menjadi punca berlakunya salah faham antara kami. Dia tak nak Jihan bersedih. Alahai..... peningnya...
Dia mengetuk-ngetuk kecil kepalanya mula menyesali apa yang keluar dari mulutnya kelmarin.
Zarif mencapai handphone di dalam poket tracksuit hitamnya. Dia membuka whatapps daripada Jihan yang diterimanya seminggu lepas. Ketika itu rasa cemburunya masih kuat sampaikan dia menegah dirinya daripada membuka whatapps tersebut. Panggilan daripada Jihan dua hari selepas whatapps itu dihantar pun dibiarkan tidak bersambut.
" Zarif, nak jumpa kau kejap lepas kelas petang ni boleh? Ada benda aku nak cakap "
Dia membaca sekali lagi whatapps tersebut. Dia berkerut. Apa yang Jihan nak cakap dengan aku ni? Dia menaip-naip something....
" Sorry Jihan, aku baru bukak whatapps kau. Apa benda yang kau nak cakap dengan aku? "
Lima minit kemudian, handphone Zarif berbunyi tanda whatapps masuk...
" Dah seminggu baru nak bukak whatapps ke encik Zarif oi? Hmm takpelah. Lupekan je whatapps aku yang dulu tu"
Seminit kemudian bunyi whatapps masuk lagi.
" Kau dah ok? Dahi kau? Bahu kau? "
Zarif tersenyum kecil tanpa sedar.
" Ok je. Dont worry haha. Kau jangan nangis lagi pulak kat rumah tu ", Zarif bersenda di situ.
" Ciss, buang karan je aku nangis sebab kau "
" Janganlah marah cik Jihan. Okay lps bahu ak sembuh sket jom ak bawk kau keluar "
" Untuk ap? Oh kau nak cakap pasal apa yang kau kate kt klinik tu ke? "
Zarif sedikit mengelabah membaca sebaris ayat Jihan itu.
" Eh taklah. Aku nak pay back balik lah budi kau kat aku. Tolong ak time accident "
" Oh... abeh tu yang kau nak cerite tu bile pulak? "
" Err... yang tu nanti-nanti kay. Tak penting pun "
" Laaa... aku ingatkan penting. Dari kelmarin aku curious okay. Alright-alright kau take care. Dah okay nanti update. Jangan lak tak balas whatapps lagi "
Zarif senyum lagi.
" Alright.. Sorry Jihan.... "
Dia menyimpan kembali phonenya ke dalam pocket sambil tersenyum panjang.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomansaTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu