Why not?

266 12 0
                                    

" Jom. Aku belanja kau tony romas ", ketika itu aku dan Joe sudah pun tiba di midvalley.
" Tony romas? Eh tak payah lah weh. Mahal giler kot. Aku ingat nak ajak kau makan kat food court atas tu je ", aku berkata jujur.
" Laa kau ni. Dah lama kot kite tak borak, makan same-same, ape salahnya makan mahal sikit ", Joe cuba memujuk lagi.
" Tak pe-tak pe. Lagipun kat food court tu ada satu lauk feveret aku. Ingat nak order bende tu la tadi ", aku berkata jujur lagi. Memang ada satu pun lauk feveret aku kat situ. Setiap kali aku datang midvalley ni, memang tak pernah lupa order 'Karai chicken', dekat station Japanese dish. Serius sedap! Pedas dia kena betul dengan selera aku. Sesiapa yang tak pernah cuba, boleh lah cuba lepas ni. Dijamin sedap kalau kualiti dia masih sama lah.
" Alright-alright. Kau menang. Jom lah ", Joe senyum kecil.
Aku membuntuti langkah Joe selepas itu.
" Jihan! "
Aku memberhentikan langkah selepas mendengar nama aku dipanggil. Joe yang berada di hadapan turut sama terhenti.
" Zarif. Kau buat ape kat sini? ", riak muka aku sedikit terkejut. Apa mamat ni buat kat sini?
" Hai Jihan. Kat sini kau rupanya. Hebat kan aku boleh tahu kau dekat mana? ", Zarif senyum ceria.
" Kau nak ape weh? Aku tengah busy ni ", aku bersuara sedikit perlahan, tidak mahu Joe mendengar isi perbualan kami.
" Amboi, dah ada crush baru ke? Crush lama depan mata kau ni takkan nak buat dont know je? ", Zarif senyum sinis.
" Ape masalah kau ni? ", aku terkesima mendengar kata-kata Zarif.
" Sorry Joe. Kau gerak dulu boleh? Nanti aku follow up "
Joe tidak banyak bunyi. Dia hanya patuh dengan arahan aku tapi jelas di wajahnya, rasa ingin tahu.
" Kau nak apa? ", aku tanya lagi soalan yang sama.
" Kan aku cakap aku nak jumpa kau tadi. Thats why aku kat sini ", Zarif berkata selamba.
" dan bukan ke aku pun cakap aku ada hal? "
" Papepun, lusa aku nak kau ikut aku jumpa mama aku "
" Apesal pulak aku kena jumpa mama kau? Aku dah cakap kan aku tak nak ada episod kedua ke ape! ", aku bersuara tegas.
" Nanti kau tahu lah kenapa. Yang penting kau kena jumpa mama aku jugak lusa ni "
" Kau dah gila agaknyer. Aku cakap aku tak nak. Full stop. "
Zarif terdiam sebentar mendengar kata-kataku.
" Alright then kau tak nak ikut tak pe. Ada satu syarat.. "
Aku hanya mengeluh mendengar syaratnya. Tapi kalau ni je cara untuk aku elak dari berjumpa dengan mamanya so why not?

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang