Rasa Hati

115 12 0
                                    

     Aku mengeluh buat kesekian kalinya. Aku berhenti menaip. Sungguh aku tidak boleh fokus langsung pada assignment di hadapan ku kini. Kata-kata Zarif semalam masih tergiang-giang di telingaku.
    Aku ni ego sangat ke? Aku ni dah start suka balik kat dia ke?
    Aku mengeleng-geleng laju cuba untuk menidakkan soalan yang keluar di benak ku tika itu.
    Tapi..... kenapa aku terkesan sangat bila nampak dia dengan Nana semalam?
     " Weh kau tak siap lagi ke report tu haa? ", Fara tiba-tiba muncul disebelah cuba untuk mencuri tengok progress reportku.
    " Belum....", aku menjawab malas.
    " Bila deadline dia? Mcm dah berminggu je aku nampak ko tulis report ni ", Fara mengambil tempat di atas katilku.
    " Esok ", aku jawab pendek.
    " kau ni dah kenapa? ", Fara bertanya ingin tahu.
    Aku cuma mampu mengeluh kasar mendengar pertanyaan Fara.
    " Pasal Zarif...", aku tutur perlahan.
    " Haa kenapa dengan dia? ", rasa ingin tahu Fara semakin membuak-buak saat terdengar nama itu.
    " Aku rasa aku dah start suka kat dia balik..." , aku pandang Fara sekilas sebelum cepat-cepat tunduk.
    " Series la weh? ", Fara buat muka terkejut.
    " Fara, actually ada benda yang aku tak beritahu kau pasal dia... ", aku pandang Fara cuba meneka reaksi wajahnya.
    " Pasal apa weh?? Pasal apa??", dia menarik-narik lengan bajuku.
    " Dia datang meminang aku... "
    " What??!! Seriously?? ", Mata Fara separa terbeliak.
    Aku mengangguk perlahan.
    " Then kau accept ke? "
    " Yih kau ni, mestilah tak. Dia pun hantar pinangan tetiba sangat. Mana lah aku ready lagi "
    " So ko tolak? "
    Aku mengangguk perlahan lagi.
    " Okay so then kau nak cakap sekarang yang kau menyesal sebab kau rasa macam kau dah suka kat dia balik? Cemtu? ", Fara pandang aku tajam cuba menagih jawapan terhadap pertanyaanya itu.
   " Takdelah sampai aku menyesal. Tapi tu la aku tak tahu nak buat apa sekarang. Aku dah beria kot tolak dia dulu, takkan tetiba aku nak datang kat dia balik then cakap aku suka dia? ", sungguh aku pening dan buntu.
  " Tapi wait...why aku dengar dia dah kapel balik ngan Nana? Jangan kata dia cuma nak mainkan kau je? Suka Nana tapi saja je bagi fake hope kat kau pergi pinang bagai? ", Fara sedikit geram di situ.
   " Hmm sabar, sabar.... dia ada explain kat aku pasal benda tu semalam. Panjang citenye tp apa yang aku pasti for now is dia tak suka Nana. Tapi kalau dia tipu, aku tak tahu la ", aku mengangkat kedua-dua bahuku tanda aku sendiri tidak terlalu pasti dengan kenyataan Zarif.
    " So kau nak buat apa sekarang? Kalau betul kau suka dia better kau cepat. Aku takut je mak Zarif tu paksa dia kahwin balik ngan Nana karang "
     Aku terkelu sebentar mendengar kata-kata Fara....
    " Hmm mebi aku patut jumpa dia esok... ", aku bersuara selepas seminit dua berjeda.
    Fara mengangguk laju tanda setuju dengan tindakan aku. Dan aku menarik nafas panjang memikirkan apa yang bakal berlaku hari esok...

   
 
    

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang