Rahsia Hati

226 9 0
                                    

      Selepas sahaja mendengar pengakuan dari Zarif di telefon kelmarin, diri aku jadi tak tentu arah. Seboleh mungkin aku cuba mengelak dari bertemu dia di universiti dan setiap kali kami berkumpul untuk membincangkan aktiviti kelab basikal, aku pasti hanya lebih kepada mendiamkan diri sahaja. Aku hanya bersuara bila pandangan aku as naib presiden diperlukan. Sesekali aku nampak sahaja mata Zarif melirik memandangku tapi aku seboleh mungkin cuba untuk melarikan pandangan. Sungguh fikiran aku tika ini terlalu berkecamuk. Perbincangan pada hari itu dihentikan awal oleh Zarif.
" Hmm okay guys. Sampai sini je discussion kite. So rasanya ni last discussion kita before competition tu "
" Eh dah last dah? Bukan kite patut buat sekali lagi ke at least sehari before sebelum competition tu? Just untuk make sure yang everything kita prepare semua dah nice? ", setiausaha kelab menyuarakan pandangan.
Aku hanya diam sambil mengurut perlahan tapak tangan ku yang dari tadi masih sejuk semacam. Aku pasti Zarif sendiri sudah tidak selesa dengan kelakuan ku.
Zarif sempat mengerling ke arah ku sebelum menjawab soalan itu.
" Hmm. Pape nak discuss nanti just jumpa private dengan aku. Okay dismissed ", dia bangun dari tempat duduknya seraya berjalan menuju ke arah pintu. Namun belum sempat dia melangkah keluar, dia berhenti tiba-tiba, betul-betul di hadapan pintu. Dia mengeluh kecil sebelum menoleh semula ke arah kami.
" Jihan, stay sini kejap. Ada hal nak bincang. Yang lain dah boleh balik ", serius Zarif bersuara. Aku jadi kelu. Lama aku diam sebelum akhirnya bersuara.
" Oh.. ok..ay "
Mereka yang lain tidak nampak mencurigai langsung tindakan Zarif itu. Mungkin mereka betul-betul menganggap yang Zarif hendak membincangkan hal kelab basikal denganku. Aku berdebar-debar menanti mereka yang lain keluar.
Zarif mengambil tempat di depan ku selepas semua ahli kelab basikal yang lain sudah beransur keluar dari situ.
" Hmm. Kalau kau tak selesa, lupakan je apa yang aku cakap dengan kau ari tu "
" Err. Aku tak faham sebenarnya apa yang kau cuba sampaikan aritu ", aku cuba berdalih.
" Then kenapa kau elak aku? "
Aku angkat kening mendengar pertanyaannya. " Hah? "
" Kalau kau tak faham apa yang aku cuba sampaikan then kenapa kau elak aku? "
Aku terdiam mendengar kata-kata dia.
" Sori Zarif. Aku tak selesa dengan kau ", aku jujur di situ walaupun bunyinya agak kejam.
Kini giliran Zarif pula terdiam dengan kata-kataku. Aku memberanikan diri memandangnya.
" Okay then sori sebab buat kau tak selesa ", dia berhenti seketika.
Aku masih menanti sambungan kata-katanya tetapi dia hanya bangun selepas itu.
" Lets be professional from now on ", dia mengambil langkah keluar sejurus menghabiskan ayat tersebut. Aku sedikit tergamam.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang