Sorry!

260 11 0
                                    

       Zarif masih sabar menanti di luar rumah Jihan walaupun sudah beberapa kali Fara menyampaikan pesanan yang Jihan tidak mahu berjumpa dengannya. Dia tahu Jihan pasti amat-amat terasa hati dengan sikap dia di hospital dua hari lepas.
     Semua ni berlaku sebab dia dah anggap Yanie tu macam adik dia sendiri dan disebabkan itu lah, waktu dia dapat tahu ada orang langgar Yanie, dia betul-betul jadi tak tentu arah. Dan sekarang selepas dia sudah tahu duduk perkara sebenar, dia sangat menyesal! Menyesal sebab salahkan Jihan tanpa usul periksa!
      " Please Fara, minta Jihan keluar kejap jumpa aku. Please.. ", Zarif cuba lagi.
     " Kau dah kenapa beria-ria nak jumpa dia ni??! ", Fara jadi bengang. Degil betul lah mamat ni!
     " Fara.. ", aku keluar selepas terdengar teriakan Fara.
     " Jihan... kau kan demam. Rehat je dalam bilik. Biar aku sorang handle mamat ni "
     " Demam? ", Zarif merenung aku.
     " Fara, tak pe. Kau masuk je dulu "
      Fara mengeluh kuat sebelum akhirnya akur dengan arahan ku.
      " Cousin kau....dah.. ok ke? ", aku bertanya tanpa memandang wajah Zarif.
    " Sorry Jihan.. "
    " Cousin kau dah sedar ke? ", aku sengaja potong ayat Zarif.
    " Dah.. "
    " Alhamdulillah. Dan sorry sekali lagi sebab langgar cousin kau ", aku masih tidak memberikan eye contact kepada Zarif.
    " Jihan, aku tahu kau terasa hati. Sorry sangat. Salah aku sebab marah kau tak pasal-pasal... Aku dah anggap Yanie tu macam adik aku sendiri sebab tu time tu aku terburst kat kau ", ulas Zarif panjang lebar.
    " Tak payah minta maaf sebab bukan salah kau. Cuma sekarang ni aku tak rasa aku ada mood nak cakap ngan kau sebab tu aku malas nak keluar tadi ", aku berkata jujur. Memang aku terasa hati dengan sikap dia tapi kalau aku nak melenting juga tak tentu pasal, aku rasa tak patut lah sebab hakikatnya cousin dia cedera disebabkan kereta yang aku tengah pandu. Walaupun dia yang rempuh kereta aku tapi at some part aku still rasa ada salah aku jugak.
      " Sorry Jihan... ",
      " Kau balik je lah Zarif. Tak de benda dah nak cakap lagi. Sampaikan maaf aku dekat cousin kau ", aku berkira-kira untuk masuk kembali ke dalam rumah.
      " Err..kau demam teruk ke? "
      Aku terhenti sebentar di situ.
      " Jihan.. "
      Aku meneruskan langkahku masuk ke dalam rumah, malas hendak mendengar Zarif menyambung ayatnya.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang