Kisah Zarif 7

171 12 0
                                    

Walaupun dia sendiri yang mengeluarkan kata-kata tidak mahu give up tempoh hari, namun kini dia sendiri seolah-olah buntu cara bagaimana lagi yang dia perlu gunakan untuk tawan hati Nur Jihan semula. Dan disebabkan itu lah sudah dua minggu dia memilih untuk berdiam diri sahaja.
" Hei Zarif, sori aku lambat. Dah lama ke weh kau tunggu? ", Daud menyapa Zarif dari belakang.
" Takde lah. Baru je, aku pun tak order pape lagi ", Zarif berkata jujur.
" Okay ane, bagi roti canai telur satu. Air teh ais satu ", Daud memberi pesanan.
    " buat dualah semua tu ane ", Zarif malas hendak memikir panjang. Ternyata sekali fikirannya sekarang bukan pada makanan-makanan di situ.
      Ane yang setia berada di sebelah beredar selepas mengambil pesanan.
     " So macam mana kau dengan Jihan sekarang? ", Daud memulakan mukadimah.
      " Macam tu lah Daud "
      " Hmm, sorilah Zarif. Kalau aku tak jadi batu api dulu, mesti kau ngan dia sekarang tak jadi macam ni ", ucap Daud ikhlas.
     " Alah benda nak jadi Daud, salahkan sesiapa pun dah tak guna "
    Daud menarik nafas kecil sebelum membalas kata-kata Zarif.
    " Macam ni lah Zarif. Why not kau explain je kat dia apa yang sebenarnya berlaku lima tahun lepas. Mesti dia boleh faham and terima kau balik "
    Zarif berjeda seketika.
    " Hmm entah lah Daud. Aku rasa kalau aku cakap pape pun dia dah takkan percaya dah so... better benda lima tahun lepas tu tutup sampai situ je. Aku pun x mo lah memburukkan kawan baik dia sendiri "
       " So now what's ur plan? "
       " Hmm, gonna keep trying i guess ", dia mengangkat bahunya tanda dia sendiri pun tidak pasti dengan jawapan yang terbit dari mulutnya.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang