Beberapa kali sudah aku lap peluh yang merenik di dahi. Entah kenapa hari ni panas dia lain macam sikit. Aku hanya mampu mengeluh. Di tanganku masih tebal helaian pamphlet yang perlu aku edarkan. Rasa geram aku pada Zarif semakin memuncak. Apa dia ingat dia tu presiden kelab dia boleh buat macam-macam?! Huh.
Aku berjalan menghampiri kerusi yang terletak di bawah sepohon pokok rendang. Niat di hati mahu berteduh sebentar.
" Curi tulang ke? ", Zarif tiba- tiba mengambil tempat duduk di sebelah ku.
Aku hanya diam malas membalas kata-katanya.
" Ingat by 5pm kau dah kene settlekan semua "
" ye, aku tahu lah tugas aku. Kau pi sibuk tugas kau je. Jangan kacau aku "
Zarif hanya diam selepas itu. Aku berkira-kira untuk bangun sekali. Malas mahu melayan si Zarif ni sebenarnya.
" Jihan... em..nak tahu tak kenapa aku dingin je ngan kau lately ni? ", Zarif tiba-tiba membuka bicara menahan aku dari pergi.
Aku toleh memandangnya dengan muka pelik.
" Sejak bila pulak kau dingin ngan aku? Sori la aku tak pernah notice pape pasal kau ", aku berkata selamba tetapi ofcoslah tak jujur. Padahal aku sedar je dia dingin dengan aku lately ni!
Zarif tiba-tiba berdiri dan menarik nafas panjang.
" Alright. Then pi siapkan tugas kau cepat "
Dia tiba-tiba berlalu pergi dari situ. Aku kecewa. Baru nak tahu kenapa dia dingin ngan aku! Tu la Jihan, jawab lagi cenggitu. Tengok, sekarang aku dah curious gila. Arghhh tension!
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
Lãng mạnTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu