Kisah Zarif

326 15 1
                                    

       Hari ni banglo tiga tingkat milik Dato' Ismail bising dengan bebelan Datin Mastura. Puas dia memarahi anak dia namun hanya muka toya yang dibalas oleh Zarif.
       " Yang Zarif diam je kenape? Mama tanya apa yang Zarif buat sampaikan si Nana tu datang jumpa mama nangis-nangis?", sudah merah muka putih Datin Mastura menahan rasa marah.
       " Mama, kenapa mama tanya Zarif lagi? Takkan lah Nana tu tak mengadu sekali dekat mama sebab ape dia duk menangis tu. Dia kan suka sangat mengadu dekat mama semua benda", sempat lagi Zarif memerli.
       " Memang dia ada cakap dengan mama tapi mama nak dengar dari mulut Zarif sendiri"
     Datuk Ismail yang turut berada di ruang tamu hanya diam membisu. Malas dia nak masuk campur. Lagipun dari dulu lagi dia memang tak berkenan dengan si Nana tu tetapi apabila memikirkan persahabatan akrab antara dia dan Tan Sri Akhbar, dia tak sampai hati untuk menolak cadangan mereka hendak memadankan Zarif dan Nana.   
       " Zarif tak tahu lah mama. Dia tu selalu ikut angin sendiri. Tak boleh langsung nampak Zarif duduk dengan perempuan terus nak melenting bagai"
       " Dah kamu curang dengan perempuan lain memang lah dia melenting!", suara Datin Mastura sedikit meninggi.
       " Mas, awat kamu duk marah anak kamu dari tadi? Mak duduk dari bilik atas pun boleh dengar suara halilintar kamu tu", nenek Zarif, Mak Tim menegur anaknya Datin Mastura.
       " Tak de lah mak. Cucu mak ni hah, buat perangai sampai Nana datang jumpa Mas nangis-nangis"
       " Hah, bagus sangat lah tu. Mak memang tak berkenan dengan perangai budak Nana tu", Mak Tim berkata selamba.
       " Mak! Mak patutnyer sokong Mas, bagi teguran dekat Zarif bukannya menyokong"
       " Kamu tahu tak cuma kamu je yang berkenan dengan Nana tu. Kalau nak tanya Zarif pun, tak ndak dia mak rasa. Kamu pun main paksa je suruh Zarif rapat-rapat dengan budak Nana tu, sibuk nak memadankan diorang, bukan nak tanya Zarif dulu dia dah berpunya ke, dia ada suka orang lain ke. Kamu duk fikir pasal kamu je", kali ni giliran Mak Tim pula berleter. Cuma bukan pada Zarif tetapi Datin Mastura!
       " Mak, Mas tahu lah Zarif ni tak berpunya. Tak denyer dia bawak mana-mana perempuan kenalkan lagi setakat ni", Mastura menjawab yakin.
      " Habis siapa perempuan yang Nana nampak duduk sekali dengan Zarif tu? Zarif, tu makwe kamu ke?", Mak Tim memandang Zarif, mengharapkan jawapan. Datuk Ismail yang tadi perhatiannya hanya pada televisyen sudah terarah ke arah Zarif. Dia berdoa harap-harap ye. Dia tak kisah mana-mana perempuan lain asalkan bukan Nana! Bukannyer dia bencikan Nana cuma perangai Nana yang kurang ajar dengan orang tua sangat lah tidak digemarinyer. Pernah sekali dia nampak Nana tu menjeling tajam ke arah Mak Tim, hanya bila Mak Tim menegur dia suruh belajar memasak.
       " Zarif, cepat jawab. Kamu dah ada yang lain ke?!", Datin Mastura pula bertanya.
       Zarif diam. Dia betul-betul buntu, jawapan apa yang dia perlu berikan?Memang lah si Jihan tu langsung tak de kena-mengena dengan hidup dia, ni kan pulak nak jadi mak we dia. Tapi kalau dia jujur, mesti mama akan paksa dia pergi pujuk Nana and then mesti dia kena teruskan dengan stupid matching things ni! Argh!! Yang tu, dia pasti dia tak nak! Dia betul-betul dah tak tahan dengan Nana, lagi-lagi selepas Nana menghadiahkan sebuah penampar petang tadi. Malu bukan kepalang dia. Dah lah kena tampar di café uni, tempat beratus-ratus pelajar berkumpul. Mengingat kejadian petang tadi, dia jadi geram!
        Tanpa sedar, Zarif mengangguk kecil.
       " Kamu suka orang lain?!", tempelak Datin Mastura.
        " Ye mama. Zarif suka orang lain and Zarif tak pernah suka Nana cuma Zarif takut nak bangkang pape selama ni sebab takutkan mama!", Zarif meluahkan segala apa yang dipendamnya.
        Datin Mastura terdiam mendengar jawapan Zarif.
       " Apa nama dia Zarif?", Datuk Ismail yang sedari tadi diam mula bertanya. Dalam hati Datuk Ismail sudah berbunga riang. Alhamdulillah.
       Zarif diam lagi. Nak sebut ke nama dia?
       " Errr... Jihan ", sorry lah Jihan. Tak pasal-pasal nama kau terbit dalam cerita ni.
       " Bawak dia jumpa mama!", tegas Datin Mastura berkata.
        Zarif terlopong. Bawak dia jumpa mama?!
        " Tapi..."
        " Tak de tapi-tapi. Mama suruh bawak, kamu bawak je ", Datin Mastura berkata tegas.
         Zarif terhimpit. Macam mana dia nak buat si Jihan tu datang rumah dia? Dah lah benci perempuan tu dekat dia tinggi menggunung. Pastu kalau dia tahu aku guna nama dia as girlfriend aku, mesti aku kena tempelak! Eh, kejap. Aku ada idea. Zarif senyum nakal kemudiannya.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang