Aku menarik nafas panjang sebelum jari telunjukku perlahan-lahan menekan loceng rumah Zarif. Apa nak jadi, jadilah. Lagipun aku dah tekad ini kali terakhir aku berurusan dengan lelaki bernama Zarif Idham Bin Ismail ini. Lepas ni apa-apa pun akan aku cuba seboleh mungkin untuk tidak terlibat lagi dengan lelaki ini. Hal pinangan itu pun akan aku campak jauh-jauh , tidak mahu memikirkan lagi. Dengan kata lain, akan aku anggap benda itu tidak pernah berlaku pun!
Sebelum sempat aku menekan loceng buat kali kedua, aku dihon dari belakang. Kus semangat aku di situ. Aku mengurut perlahan dadaku, cuba menenangkan diri yang sedikit terkejut. Aku toleh melihat tuan empunya kereta.
'Zarif?'
Zarif menurunkan cermin keretanya.
"Jihan... errr..kau buat apa kat sini? "
" Hmm, Mak Tim jemput aku datang ", aku berkata jujur di situ.
" You cepat sikitlah "
Baru aku sedar kehadiran Nana di sebelah tempat duduk Zarif. Aku cuba kawal riak wajah.
" Err... masuklah kereta Jihan. Kita turun sama-sama ", Zarif menawar ikhlas.
" Eh you ni tak payahlah! Biar je dia jalan sendiri. Takpun balik je lagi senang ", Nana yang berada di sebelah mula bersuara lantang.
" Nana.. please ", Zarif tekankan suaranya. Sejurus itu dia menghantar isyarat kepadaku menyuruh aku segera masuk ke dalam kereta. Memandang- kan jarak kediaman Zarif daripada pintu pagar rumahnya jauh aku akhirnya akur sahaja. Tidak aku hiraukan jelingan tajam yang dilempar Nana.
Aku mengambil tempat duduk di belakang. Usai saja aku menutup pintu kereta, Zarif pun meluncur perlahan memasuki perkarangan rumahnya.
" Dah lama ke kau tunggu kat luar tadi Jihan? ", Zarif tiba-tiba bersuara.
Nana yang berada di sebelah sudah masam mencuka mendengar pertanyaan Zarif.
" Tak, baru je ", aku balas pendek.
" Nek tak beritahu pun aku dia ajak kau "
'Sebab tu kan kau berani jemput Nana datang', hatiku berbicara sedikit geram.
" Zarif, Nek you tak tahu ke kita dua dah couple balik? Kenapa dia still nak ajak perempuan lain datang sambut birthday you?! ", Nana bersuara geram seraya memandangku tajam.
" Nana! ", Zarif sedikit marah mendengar statement Nana.
" Yang you nak marah I ni kenapa?! "
Aku hanya diam melihat tingkah mereka. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku tika ini.
Zarif mematikan enjin usai memarkirkan keretanya di sebelah kereta Datuk Ismail.
" Nana, you masuk dulu. I ada benda nak cakap dengan Jihan "
" Nak cakap apa? Cakap je depan I ", Nana tidak mahu berganjak.
" Nana.. "
" Cakap je la depan I! "
Malas hendak melayan mereka berdua, aku buat keputusan untuk berlalu pergi. Zarif menyusuliku kemudiannya. Dia cuba untuk menahan aku tapi niatnya terbantut setelah menyedari Mak Tim sedang menghampiri kami.
" Eh Jihan datang sekali dengan diorang ke? "
Aku tersenyum ramah seraya bersalaman dengan Mak Tim.
" Tak lah Nek, jumpa diorang kat depan tadi "
Zarif pula bersalaman dengan Mak Tim disusuli oleh Nana yang masih berwajah masam.
" Dah dah masuk dulu. Makanan pun dah sejuk dah tu ", Mak Tim menepuk-nepuk lembut bahuku mengajakku masuk.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu