Kerana

106 7 0
                                    

     Suasana di cafe seperti biasa tidak pernah lenggang. Aku dan Razman terpaksa mengambil tempat duduk di di bahagian luar ruang cafe.
" Thanks weh tolong aku tadi ", aku bersuara gembira.
      " Ala benda senang je tu ", Razman ketawa bangga.
      " Tula nasib baik dapat recover balik file tu kalau tak mahu kosong la markah report aku ", aku menarik nafas lega seraya menyuap nasi putih bersama ayam kari yang diambil sebentar tadi.
      " Kau jangan lupa pasang anti virus  laptop kau tu pasni. Corrupt sgt aku tengok tadi ", Razman memberi nasihat.
      " Baik bos! ", aku ketawa kecil.
      " So ni kau belanja la kan? ", Razman mengusik disitu. Aku berhenti menyuap sebentar.
      " Dont worry weh, demi kau Man bukan setakat makanan, satu cafe ni aku sanggup belikan ", aku bersenda di situ.
       Razman hanya mampu tergelak mendengar kata-kataku.

..........................

      Aku membuka televisyen di hadapanku seraya mengambil tempat di sebelah Fara yang sedang tekun bermain 'pubg'.
     " Haa Jihan, kau baru balik ke? ", perhatiannya masih pada ipad.
     " Dah lama weh. Kau tekun sangat main benda alah tu ", aku mencemik.
     " Eh kejap. Kau ngan Zarif amacam. Kau dah jumpa dia ke tadi? ", Fara meletakkan ipadnya di atas meja. Perhatiannya kini 100% kepada aku.
     " Wow sampai sanggup kau berhenti main pubg tu ", aku buat muka terkejut.
     " Cepat lah cite weh.. ", Fara mengesa.
     " Hmm.. Dia tak balas whatapps aku. Aku mintak nak jumpa dia abes kelas petang tadi tapi dia tak reply lagi so aku tak jadi la jumpa ", aku berkata jujur.
     " Dia dah seen belum? "
     " Belum ", aku balas pendek.
     " Pastu..? "
     " Tunggu je la dia reply "
     " Tu je? ", mencerlung mata Fara mendengar jawapanku.
      " Ye la tu je la "
      " Hisy, menyesal lak aku berhenti main sebab nak dengar cite kau ", Fara mencapai balik ipadnya.
     
    
    
    

     
      

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang