D-day

219 10 0
                                        

     Aku masih sibuk menguruskan pendaftaran para peserta untuk pertandingan berbasikal anjuran kelab kami. Di sebelahku pula Lia dan Azam sedang sibuk mengagihkan goodybag untuk para peserta. Ahli kelab yang lain pulak sudah berselerak di seluruh kawasan kampus, ada yang sedang menguruskan kawasan checkpoint, ada yang sedang menyusun hadiah-hadiah untuk para pemenang nanti dan ada juga yang sedang sibuk menguruskan majlis perasmian.
       " Jihan! Diorang nak kau pergi dewan jap. Hadiah tempat pertama pecah! ", Nabila tiba-tiba datang berbisik padaku saat aku masih sibuk di meja pendaftaran.
     " Seriously?? "
      Nabila hanya mengangguk laju.
     " Tolong jaga sini jap ", Aku pantas bangun dan berlari menuju ke arah dewan yang letaknya tidak terlalu jauh dari tempat aku berada.
     " Pecah ke Shahrul?? "
     " Haah. Sori tadi aku tertolak masa tengah susun "
     " Hakim mana? "
     " Dia tengah sibuk deal dengan vip pasal perasmian nanti. Dia tak boleh datang sini "
     Aku mengeluh kecil.
     " Hadiah tempat pertama je kan? "
     Shahrul mengangguk pantas.
     " Duit kelab ada lagi tak? "
     " Ada lebih sikit. Ni hah ", Shahrul menyerahkan aku satu bungkusan berisi wang.
     " Alright aku keluar jap ganti hadiah tu "
      " Hah? Eh biar aku lah yang pergi "
      " Takpe-takpe. Kau sambung je susun hadiah yang lain ni. Lagipun aku yang beli benda tu so aku tahu kat ne nak cari ganti dia "
     " Betul ni? Eh tapi kau nak naik apa pergi sana? "
      Aku terdiam sebentar mendengar pertanyaan Shahrul.
     'Haah ek, aku nak naik apa pergi sana? Naik bas or cab mesti lama proses nak pergi balik '
     " Kau ada kereta tak Shahrul? Aku ada lesen "
     " Aku takde kereta weh "
     " Oh ye ke? Aish.. ", aku keluh kecil.
     " Guna kereta aku "
     Aku toleh belakang, mencari gerangan yang bersuara. Aku terkesima seketika.
     " Zarif! Tangan kau dah ok ke? ", Shahrul menegur Zarif yang tiba-tiba muncul dari arah belakang kami.
       Aku memandang lengannya. Masih bersemen.
      " Mestilah belum. Tengok ni ada semen lagi "
     " Habis tu kau drive cemane tadi? "
     " Kawan aku yang tolong drivekan tadi pakai kereta aku "
     " Ohh "
      Aku hanya diam di situ. Tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Zarif menoleh kearahku.
      " Jihan, pergi guna kereta aku. Kat depan dewan ", dia mengunjukkan kunci keretanya ke arahku. Aku teragak-agak seketika sebelum akhirnya menyambut kunci kereta tersebut.
      " Shahrul, aku pergi dulu tau. Anything or ade orang cari aku contact aku okay? ", aku bersuara sambil mataku masih cuba mengelak dari memandang Zarif.
      Shahrul pantas mengangguk tanda memahami.
      " Thanks ", aku pandang Zarif sekilas sebelum melangkah menuju ke arah keluar dewan.
       Aku tiada masalah hendak mencari kereta Zarif dek sudah beberapa kali sebelum ini aku menaiki kereta dia. Ye time aku dengan dia masih ok dan tak seawkward sekarang. Hmm.
      Urusan membeli hadiah tidak mengambil masa yang lama. Pantas sahaja aku membuat pembayaran dan bergerak ke arah kereta selepas itu. Aku letak hadiah tersebut di bahagian tempat duduk penumpang.
      Baru sahaja aku hendak menghidupkan enjin, mata aku tertumpu pada sesuatu. Sesuatu yang sangat familiar di mataku.
      Sampul surat bewarna pink itu aku capai perlahan. Sampul itu agak tersorok, ditutupi oleh pelbagai resit-resit lain di bahagian tengah dashboard kereta (tak sure apa nama ruangan kat tengah kereta tu. Dashboard ke?). Aku tarik sampul pink itu berhati-hati.
      ' Surat aku dulu... '
      Aku buka sampul tersebut.
      ' Eh, kenapa ada dua surat ni? '
      Aku capai surat satu lagi yang agak asing di mataku itu. Aku buka perlahan-lahan....

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang