Prolog
Wulan merebahkan tubuhnya di atas katil empuk untuk merehatkan badannya yang keletihan akibat bekerja sepanjang hari.
Jika dikata badannya letih, jiwanya lagi berkali-kali letih. Letih untuk menidakkan perasaan sendiri.
Pertemuannya dengan lelaki yang pernah mengetuk pintu hatinya tadi kembali berlegar-legar di mindanya. Tipulah jika dia tidak terkejut dengan kemunculan lelaki itu setelah beberapa lama mereka tidak bersua.
Bukan kerana lelaki itu yang menghilang. Sebaliknya dia yang menjauh. Menjauh demi kebahagiaan orang lain.
Jujurnya... sehingga kini nama lelaki itu masih terpahat kemas di hatinya. Mana mugkin dia melupakan lelaki itu dengan secepatnya jika separuh nyawanya sudah diserahkan kepada lelaki itu.
Tuhan... betapa sakitnya dia menanggung derita hanya untuk melihat orang lain bahagia. Dia juga ingin bahagia. Akan tetapi sukar untuk digapai memandangkan kebahagiaan itulah yang dia usahakan untuk dijauhi. Suatu masa dahulu... lelaki itu adalah kebahagiaannya.
Salah diakah kerana menurut kata hati sendiri?
Saat cintanya sudah berbalas, dia pula yang menolaknya semula. Seolah-olah dia permainkan perasaan orang itu.
Bukan.
Bukan maksudnya untuk mempermainkan cinta orang tetapi kerana rasa tanggungjawabnya. Tanggungjawabnya dalam membaik pulih dan mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan yang hampir terputus.
Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Ada yang lebih berhak untuk mendapatkan cinta suci lelaki itu. Dan pastinya bukan dia...
Wulan memejamkan matanya.
Tanpa sedar, setitis airmata mengalir daripada mata yang terpejam rapat itu.
"Kau buat aku makin sakit Wulan..."
Kata-kata itu masih menghantui dirinya. Masih segar di ingatannya wajah sugul lelaki itu tatkala melafazkan kata sedemikian.
Jika dia merasa perbuatan Wulan menyakitkan dia, berganda-ganda lagi rasa sakit itu ditanggung oleh Wulan.
Bukan kemahuannya untuk melihat semua perkara ini terjadi. Yang dia lakukan saat ini hanyalah sebuah pengorbanan. Pengorbanan untuk orang yang dicintai.
"You tak tahu. I lagi sakit kerana menyakitkan hati you. Dan you tak tahu... rasa sakitnya menanggung rindu. I rindukan you chef..."
Airmatanya menitis lagi.
Tuhan.. Engkau rawatlah hatiku ini. Rawatlah juga hati si dia yang sudah aku sakitkan itu. Bukan niatku untuk menyakitkan dia. Aku sayang dia. Aku cinta dia. Selamanya...
*******************************
"I want a Big Beef Pasta and a Watermelon Juice." Pesan Wulan kepada pelayan itu.
Pasta Delight Restaurant, sebuah restoran yang terkenal dengan keenakan pastanya. Nama sahaja restoran pasta tetapi banyak lagi menu lain yang disediakan oleh restoran yang cukup mewah ini. Cantik nama restoran ini secantik suasana di dalamnya.
Wulan gemar menghabiskan masanya ke sini. Selain untuk makan pasta kegemarannya, dia juga ingin menenangkan fikiran di sini. Hiasan restoran ini nampak elegan dan mewah. Walupun begitu, cukup santai kepada sahaja yang mengunjungi restoran ini. Kedudukan meja juga cukup tertutup dan tidak terlalu sempit.
Tak boleh nak kata apa dah.. Wulan amat menyukai suasana restoran ini. Harga makanan di restoran ini usah dicakaplah. Sangat mahal bagi Wulan yang tidak mempunyai sebarang perkerjaan itu. Harga makanan di sini cukup standard dengan rasanya kerana Wulan pernah terdengar bahawa chef restoran ini sangat hebat dalam masakan pasta. Dan Wulan akui masakan pasta di sini sangat hebat dan sedap. Lebih-lebih lagi pasta kegemarannya. Teringin sekali dia berjumpa dengan chef yang selalu menyediakan pasta kegemaranya. Harap hari ini dia ada.
Dalam pada menunggu pesanannya tiba, mata Wulan melilau ke segenap restoran itu.
Tiba-tiba mata coklatnya tertatap pada seujur tubuh lelaki yang lengkap dengan pakaian uniformnya bersama apron.
Mata Wulan terbeliak memandangnya. Seperti tidak mempercayai dengan apa yang dilihatnya sekarang.
Oh my Allah.. He is so Handsome!!
Percaya tidak percaya, Wulan kena percaya juga bahawa restoran ini mempunyai seorang chef yang sangat kacak.
Tuhan... Wulan benar-benar sudah terkena panahan cinta pandang pertama.
Disebabkan ralit sangat memerhatikan chef yang dikatakan handsome itu, Wulan tidak sempat memalingkan wajahnya apabila lelaki itu turut memandangnya. Mata mereka berlaga buat seketika sebelum lelaki itu yang mengalihkan pandangannya semula.
Wulan turut memalingkan wajahnya kembali. Pipinya yang terasa berbahang itu diapit menggunakan kedua-dua belah tangannya.
Malu! Tebal mukanya kerana termalu dengan perangai gatal sendiri.
Asal kau terus pandang dia Wulan? Mesti dia perasan habis tadi! Aduh..
Wulan memejamkan matanya cuba untuk menenangkan jiwanya sebentar.
Usah malu Wulan. Kau tak buat salah pun. Tak luak mana muka dia kau pandang. Wulan memberi motivasi untuk diri sendiri.
Dia menarik nafas dan menghembusnya semula. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Okay.. be cool Wulan.
Yakin dirinya sudah bertenang sedikit, dia memalingkan semula wajahnya ke tempat di mana lelaki itu berdiri tadi. Susuk tubuh beruniform putih itu sudah tiada.
Wulan hampa. Baru saja berniat untuk memandang wajah kacak lelaki itu lagi.
Tap!
Wulan tersentak apabila bunyi pinggan diletakkan di atas mejanya kedengaran. Dia menghadap ke hadapan semula dan melihat pesanan makanannya sudah ada di atas meja.
"Big Beef Pasta and Watermelon Juice. Enjoy your lunch miss."
Wulan mendongak memandang empunya suara. Kedua-duanya kelihatan tergamam. Baik si jejaka mahupun si gadis. Ralit menghayati ciptaan Allah yang cukup sempurna di hadapan mata maing-masing.
"Are you okay miss?"
Wulan tersedar daripada lamunannya apabila lelaki itu bersuara.
Ada buku tak berdekatan sini.? Dia perlukan sekarang untuk menutup wajahnya yang sudah berbahang malu. Untuk kali kedua dia gagal mengawal matanya dari merenung wajah kacak lelaki itu. Mama.. help me!
"No no..."
Kening lelaki itu terjongket.
"Err... I mean, I'm okay." Balas Wulan laju. Dia cuba untuk bersikap tenang walaupun dadanya sudah berombak laju.
Lelaki itu hanya senyap dan mengangguk perlahan.
"Ada apa-apa pesanan lagi?"
"Tak ada."
"Baiklah. Selamat menjamu selera."
"Thank you." Ucap Wulan sebelum lelaki itu berlalu.
Lelaki itu membalas ucapan Wulan dengan sebuah senyuman sahaja.
Dan... Wulan rasa nak pengsan.
Tuhan... senyuman dia... manis sangat!
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...