Bab 44

18.4K 757 22
                                    

Selepas menghantar kepulangan abangnya, Khairul bersama isteri, Wulan segera naik ke atas bilik semula. Masa untuk tidur. Eh bukan. Masa untuk berdating. Alahai... apalah agaknya khabar chef aku tu ya?

Hai sayang - Wulan

Hampir tiga minit Wulan menanti balasan daripada Raykal. Malangnya, iPhone miliknya langsung tidak berbunyi. Baru pukul sembilan malam. Takkan dia dah tidur kut? Fikir Wulan. Sudahnya dia memilih untuk menanti lagi.

Sayang, you dah tidur ke? – Wulan

Masih tiada balasan juga.

Sayang, you marah I ke? – Wulan

Pun sama... masih tiada balasan daripada Raykal.

Wulan mengeluh lemah. Tapi, dia tidak boleh berputus asa. Jika Raykal marah, dia harus mengubati marah itu. Jika Raykal merajuk padanya, dia haruslah memujuk. Alaa, kacang je nak pujuk Raykal ni.

Sayang, I'm so sorry kalau you marah I. Napa tak balas mesej I? I rindu.. – Wulan

Gedik? Ah, lantaklah. Bukannya dengan sesiapa pun. Dengan kekasih sendiri juga.

Sayang, kalau you merajuk, beritahu I. biar I pujuk you. Please, balaslah mesej I. call I pun you tak jawab. Sampai hati you sayang.. – Wulan

Wulan berfikir lagi ayat yang sesuai untuk mengayat Raykal. Tidak lama kemudian, iPhonennya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Cepat-cepat iPhone itu digapai Wulan.

Bibirnya tersenyum lebar. Tahu pun balas mesej aku. Ingatkan dah tidur mati.

Merajuk pun kena beritahu ke? – My Sayang

Oh my God.!! I excited sangat you balas mesej I sayang. I miss you. So, you merajuklah ni? – Wulan

Lu fikirlah sendiri. – My Sayang

Wulan tersengih. Macam merajuk saja sayang aku ni...

I tahu you merajuk dengan I. Sorry sayang.. lama tak jumpa you. I'm busy lately. – Wulan

Busy sebab Zarif. Dia buli I sayang. Sebab dia, I tak dapat jumpa you empat hari. Baru sedar dah lama sangat tu.

Takpalah.. – My Sayang

Erk? Wulan mengerutkan dahi. Takkan dia tak nak tanya apa-apa lagi?

Esok I nak jumpa you. I miss you sayang. – Wulan

Dari tadi lagi dia dah sampaikan rindu berkali-kali kepada Raykal tetapi masih tiada balasan rindu daripada lelaki itu. Raykal tak rindukan dia ke?

Ok. Aku nak tidur. Assalamualaikum. – My Sayang

Hah? Itu je? Apa ni chef????

Muncung Wulan memanjang. Rasanya bukan Raykal yang merajuk tapi dia. Sedihnya tak kena layan.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now