"Babe, tak ada tempat lain ke kau nak bawa aku pergi makan?" Soal Wulan apabila Zarina membawanya makan ke hotel yang cukup mewah. Tahulah anak orang kaya tapi takkan nak makan kat sini kut? Wulan bukannya berminat sangat dengan makanan yang terhidang di hotel. Jiwanya lebih kepada restoran Pasta Delight. Di sana, makanannya lebih enak dan sudah tentu sahaja dia boleh berjumpa dengan kekasih hatinya itu.
Ah, tiba-tiba dia teringatkan Raykal. Apalah agaknya lelaki itu sedang lakukan? Tadi Wulan ada menghantar SMS dan Raykal memberitahunya bahawa dia ada hal di luar. Entah urusan apa yang Raykal selesaikan. Wulan pun tak pasti.
"Jangan banyak songeh la babe. Hari ini aku belanja kau."
Wulan memandang pelik ke arah Zarina. Dari tadi minah ni asyik tersenyum-senyum saja. Ada something ke?
"Hoi! Kau dah kenapa?" Sergah Wulan.
Zarina tersentak.
"Tak ada apa-apa." Jawabnya polos.
"Dari tadi aku perhatikan kau duk senyum sendiri. Tak nak share dengan aku ke?"
Terlepas tawa Zarina mendengarnya. Wulan sudah mengerutkan dahinya. Kena sampuk ke apa kawan dia seorang ni?
"Babe, aku bawa kau ke sini bukan saja-saja tau."
"Habis tu?"
"Aku nak jumpa seseorang..." Meleret senyuman di bibir Zarina.
Wulan semakin dilanda rasa musykil terhadap sikap Zarina. Hatinya meronta-ronta ingin tahu di sebalik senyuman Zarina yang cukup membawa seribu rahsia.
"Siapa? Kau nak jumpa boyfriend kau ke?" Teka Wulan.
"Boyfriend tu tak lagi tapi jangan risau. Aku akan jadikan dia boyfriend aku suatu hari nanti." Balas Zarina sambil melirik manja ke arah Wulan.
Wulan mencebik.
"Loya tekak aku dengar..."
Zarina ketawa.
"Actually hujung minggu ni papa aku adakan perjumpaan dengan kawan lama dia. Jadi papa minta aku tempahkan makanan khas untuk kawan-kawan dia tu sebab tukang gaji kat rumah bercuti. So, hari ini aku akan berjumpa dengan pengurus restoran tu. Handsome babe..."
"Mana kau tau dia handsome? Buatnya pengurus restoran tu perempuan, padan muka.!" Balas Wulan.
"Eh taklah.. aku dah pernah jumpa dia sebelum ini. Ini perjumpaan kami kali kedua. Kiranya bagi dia confirmlah hidangan apa yang aku nak tempah." Ujar Zarina.
Oh, begitu ya ceritanya... Wulan hanya menganggukkan kepala tanda faham.
"Aku harap kau tak tergoda dengan dia. Dia tu... aku punya." Pesan Zarina siap-siap. Wulan ni bukan boleh percaya sangat. Pantang nampak lelaki handsome. Mulalah keluar perangai gedik dia tu.
"Hello, aku dah ada encik chef aku okey.. tak mainlah dengan encik pengurus restoran kau tu.!"
Zarina sengaja memutarkan bebola matanya. Yalah tu Wulan oii!
"Kita tengok ajelah nanti..."
Mata Zarina tiba-tiba terpandang seseorang. Terus bibirnya mengukirkan sebuah senyuman manis. Orang yang ditunggu sudah pun tiba.!
"Babe, dia dah sampai.." Bisik Zarina pada Wulan. Dia segera berdiri untuk menyambut kedatangan lelaki itu.
"Maaf saya terlewat."
Wulan terduduk tegak. Meremang bulu tengkuknya saat mendengar suara lelaki itu. Suara yang tidak asing lagi di pendengarannya. Entah mengapa, laju sahaja jantungnya mengepam darah. Tiba-tiba rasa berdebar.
Lantas, tanpa melengahkan masa dia segera menoleh ke belakang untuk melihat gerangan pengurus restoran seperti yang dikatakan Zarina tadi.
"Chef.?"
Wulan tergamam. Bulat matanya memandang ke arah lelaki itu.
"Tak apa encik. Kami pun baru sampai di sini. By the way, meet my friend, Wulan. Wulan, kenalkan encik Raykal. Dia ni pengurus besar restoran Pasta Delight."
Wulan dan Raykal saling bertatapan. Zarina sudah memandang pelik ke arah Wulan. Kan dah kata... mesti tidak berkedip dia memandang wajah tampan encik Raykal ni. Dah tersukalah tu.!
Raykal pula mula berasa gelisah. Lebih-lebih lagi bila melihat senyuman sinis di bibir Wulan. Habislah aku!!
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...