"Wow..!"
Tangan Wulan berhenti bekerja. Lantas mengangkat wajahnya ke arah suara yang menegurnya tadi. Jelas terpampang riak wajah Taufik yang kelihatan terkejut.
"Betul ke awak ni Wulan?"
"Habis tu siapa? Syakila?" Geram pula Wulan. Tahulah orang tu nak perli kita sebab buat pertama kalinya dia sudi turun padang ke dapur. Yang penting, tanpa disuruh oleh Taufik. Segalanya atas kemahuannya sendiri.
"Bukan itulah maksud saya... cuma terkejut tengok apa yang awak buat ni."
"Obvious sangat ke?"
"Taklah. Di mana awak belajar buat benda ni semua?" Soal Taufik sambil menunjukkan ke arah sayur-sayuran yang sudah separuh di potongnya. Lobak pun dia hiris nipis macam yang Raykal ajarkan semalam. Cuma bawang saja yang tidak disentuhnya. Alergi!
"Dari sifu saya yang handsome..!"
Tergelak Taufik mendengar jawapan Wulan yang diingatkan sebagai gurauan semata-mata. Dia tidak tahu, Wulan tidak bergurau.
"Asal gelak?" Hairan Wulan dengan si Taufik ni.
"Siapa sifu awak tu? Kalau saya, memang taklah sebab saya tak pernah ajar awak pun."
Wulan senyap. Nak berterus terang atau tidak?
Baru saja Wulan nak berterus terang, Taufik sudah menyampuk.
"Hah, saya tau macam mana awak boleh pandai buat kerja ni."
Wulan terkelu. Err... Taufik dah tahu? Siapa beritahu?
"Mesti sebab awak selalu tengok saya buat."
Eh?
"Betul tak Wulan?"
Dan... Wulan hanya mampu tersengih.
"Hmm... tak sangka sifu awak yang handsome ni boleh buatkan awak handal pegang pisau sekarang ni. Serius, halus aje awak hiris carrot ni."
Kembang hidung Wulan mendengar pujian daripada Taufik. Sudah semestinya dia bangga dengan pencapaiannya. Baru sehari kut dia belajar. Cepat juga dia pandai. Hahaha.. thanks to my sifu.. my love.. my Raykal.
Dah datang dah gatal si Wulan...
Eh kejap.! Taufik kata apa tadi? Oh no..!! Taufik dah salah sangka ni... perasan pula dia jadi sifu handsome aku. Hmm.. apa-apa ajelah Fik.. janji kau bahagia.
"Okey ke saya hiris ni?" Soal Wulan. Takut juga dia jika hirisannya tidak standard piawaian restoran ini.
"Okeylah tu. Good job Wulan. Boleh la ni awak kerja kat sini." Ujar Taufik berbaur usikan.
Terjegil mata Wulan jadinya.
"Hei, tak nak la saya kerja selamanya di sini."
"Ai? Kata suka.."
Wulan menjuihkan bibirnya. "Mulalah tu."
"Eh eh... merajuk pula cik Wulan ni. Okey, sorry ganggu awak. Buatlah kerja balik. Saya pun nak kerja balik. Bye Wulan."
"Hah, eloklah tu. Bye." Sempat lagi Wulan menyindir Taufik sebelum lelaki itu berlalu pergi.
Barulah aman dunia..! Tenang sahaja Wulan meneruskan kerja yang tergendala tadi.
"Hei."
Terasa bahunya dicuit seseorang. Tanpa sedar Wulan mengeluh lemah. Siapa lagi yang datang mengganggu dia? Tak tenang buat kerja jadinya. Dengan lemah longai Wulan berpaling.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomansaTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...