Bab 51

24K 851 30
                                    

Nak kata penat, memang tersangatlah penat yang dirasai Wulan tika ini. Bibirnya sedari dari terus mengukir senyuman kepada para tetamu yang datang menghadiri majlis akad nikahnya bersama Raykal sebentar tadi. Alhamdulillah, dia telah sah menjadi milik Raykal hanya dengan sekali lafaz sahaja. Terasa seperti di alam mimpi sahaja apabila dia telah menjadi isteri yang sah kepada Raykal, lelaki yang dicintainya sejak pandangan pertama lagi. Tidak sia-sia dia terus menanti Raykal membalas cintanya kembali. Lihatnya sekarang, dia dan Raykal adalah suami isteri. Wah.. macam seronok pula didengar.

"Chak!"

Wulan tersentak. Apabila dia menoleh, terpampang wajah kacak Raykal yang segak berpakaian baju melayu putih. Rasa marah tadi terus hilang sebaik melihat wajah suaminya itu. Suami? Wah, biar betul? Aku tak mimpi lagikan? Dan wajah Raykal terus dipandang lama.

"Awak dah kenapa pandang saya macam tu? Takkan dah tak sabar kut?" Raykal tersenyum senget. Gementar ada, lucu pun ada dengan reaksi isteri yang baru dinikahnya itu.

"Saya tak bermimpikan sekarang ni? Awak Raykal dan awak suami saya kan?" Wulan meminta kepastian. Riak wajahnya juga serius.

Raykal terpinga-pinga dengan pertanyaan sang isteri. Tak sampai sejam lagi mereka bernikah tetapi Wulan sudah lupakan dia? Cis, ini tak boleh jadi ni. Kena bagi bukti kat dia.

"Awak nak saya buat apa kat awak supaya awak pasti saya ni dah jadi suami awak? Awak nak saya cium? Tang mana? Kat mana? Sini atau bilik?" Bisik Raykal rapat ke telinga isterinya.

Mata Wulan membulat dan segala bulu romanya meremang mendengar jawapan gatal daripada Raykal. Tiba-tiba rasa segan dan malu menyelinap di dalam diri dia.

"Awak tak jawab lagi soalan saya." Gesa Raykal dengan tawa yang cuba ditahan. Lucu melihat reaksi isterinya. Mungkin dia dah ingat balik, itu yang tak nak jawab soalan aku tu.

"Saya tak nak jawab, boleh?"

"Tak boleh."

Wulan mencebikkan bibir. Riak wajahnya pula dimasamkan.

"Aip aip... please jangan goda saya sekarang ini." Raykal memegang dadanya. Berlakon seolah-olah dia sedang ketakutan.

Wulan ketawa melihat reaksi suaminya. Lawak betullah awak!

"Mengadalah awak ni."

Raykal turut tergelak.

"Happy tak?" Soalnya. Bahu isterinya dipeluk dengan rasa senang hati.

"Happy?" Berkerut dahi Wulan memandang suaminya.  Apa jenis soalan bergantung macam tu?

"Iyalah...  Happy tak khawin dengan saya?" Soal Raykal lagi.  Tapi kali ini dalam versi yang panjang.

Wulan ketawa kecil. "Gila tak happyOf course  la I happyFinally... awak jadi milik saya dan saya..." Bibirnya didekatkan ke telinga suaminya yang mula kemerahan.  Cis cepat sangat malu laki aku ni.

"Milik chef Raykal seorang." Sambungnya Wulan dengan lagak menggodanya.  Dia senyum riang.  Senang hati mungkin dan juga lega.

"Yang... " panggil Raykal perlahan.

"Awak panggil saya ke?"

"Taklah.  Saya panggil awek yang kat sana tu hah." Balas Raykal selamba.  Boleh pulak dia tanya macam tu.  Dah pastilah aku panggil dia.  Ingat senang ke mulut aku ni sebut sayang?  Susah tau!  Tapi kena biasakan diri.  Isteri aku ni...  Boleh tahan manja dia.

"Eee.. Awak jangan macam-macam erk. Jangan nak menggatal dengan perempuan lain.  Saya kan ada.  Saya lagi cantik dari diorang tu semua.  Dan lagi..  Saya ni dah halal untuk awak." Wulan membebel panjang sambil menjeling tajam ke arah suaminya. Bibirnya pula sengaja dimancungkan tanda merajuk.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now