"Boleh tak kalau I hidupkan semula hati you?"
Suara Wulan kembali terngiang-ngiang di pendengaran Raykal.
Keluhan berat dia lepaskan. Sesak dada ini dengan permintaan Wulan. Sanggupkah dia menyerahkan hati yang sudah mati ini kepada Wulan? Itu yang menjadi persoalannya sekarang.
"Bro.!"
Taufik muncul di saat ini. Pantang nampak Raykal duduk bersendirian, pasti sahaja dia ada untuk menemani sahabatnya itu.
Raykal tersenyum. Nampak hambar saja senyuman lelaki itu.
"Dah jumpa Amy? Dia cakap apa?"
"Hmm..."
Raykal tongkat dagu. Hilang bayangan Wulan, diganti dengan bayangan Amy pula.
"Bro, kau okey tak ni?"
"Tak okey. Rasa nak baham saja si Amy tadi. Lepas apa yang dia buat kat aku, senang-senang dia aje nak balik semula dengan aku. Dia minta aku bagi dia peluang kedua."
Taufik tergelak kecil. Entah di mana lucunya. Malas Raykal mahu tanya lagi.
"Nampaknya dia betul-betul menyesal tinggalkan kau dulu."
"Menyesal banyak mana pun tak ada gunalah Fik... aku masih tak habis fikir, kenapa dia sanggup tinggalkan aku dulu? Dan sekarang, nak balik semula. Kononnya menyesal tinggalkan lelaki baik macam aku. Itu nak mengampu aku ke apa tu?" Raykal meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Aku tak berani nak komen sangat Kal. Tapi, apa kata kau tanya Amy saja. Sebab apa dia tinggalkan kau dulu." Cadang Taufik.
"Aku tak nak tanya. Jumpa dia pun aku tak nak."
"Habis, macam mana kau nak tahu?"
"Tak penting aku nak tahu. Past is past. Malas nak ambil tahu hal yang dah berlalu. Lebih baik fokus pada masa depan."
"Kal... kau tak kesian ke dekat Amy? Sedih aku tengok dia tadi. Nampak sangat kehilangan kau beri impak besar pada kehidupannya."
Raykal mencebik. Guna ayat sedih sekalipun, Raykal tidak mudah terpedaya.
"Dia, kau kesiankan. Yang aku ni, tak pulak kau kesiankan. Walhal akulah mangsa dalam keadaan sekarang. Dia yang minta putus bukan aku. Aku yang patah hati lebih bukan dia. Kau tak rasa apa yang aku rasa Fik bila orang yang mula kau sayang tu tiba-tiba sakitkan hati kau, bukan setakat sakit, malahan dia juga telah membunuh hati aku sekaligus."
"Tapi dia dah menyesali apa yang dia dah buat pada kau Kal..."
"Peduli apa aku kalau dia dah menyesal. Yang kau terhegeh-hegeh sangat nak aku berbaik dengan dia dah kenapa?" Soal Raykal sedikit berang. Dipandang setiap inci wajah Taufik dengan soroton mata yang tajam.
Taufik terkelu. Nampak sangat ke dia memaksa?
"Aku cuma nak terbaik untuk kawan-kawan aku Kal... Amy masih cintakan kau. Dan kau pun masih cintakan dia kan?"
Raykal ketawa.
"Cuba ulang balik ayat kau Fik. Aku tak jelaslah. Aku cintakan Amy? Mana kau tahu tu?" Soal Raykal berbaur perlian.
"Amy pernah jadi kekasih hati kau."
"Ya, tapi itu dulu. Dan sekarang, aku tak ada perasaan apa-apa kat dia. Dia bunuh hati aku dan bermakna dia bunuh nama dia dalam kamus hidup aku.!"
Terpempan Taufik dengan perubahan nada suara Raykal yang meninggi. Dada lelaki itu berombak laju. Seperti sedang menahan amarah yang membuak-buak.
"Kau tak payah paksa aku untuk terima dia lagi Taufik. Dia bukan siapa-siapa lagi bagi aku. Sebelum aku bertambah benci dengan dia, lebih baik kau suruh dia jauhkan diri dari aku. Jangan datang cari aku lagi."
"Tapi Kal..."
"Stop.!"
Raykal menaikkan jari telunjuknya. Mengisyaratkan agar Taufik berhenti bercakap.
"Aku tak nak dengar apa-apa lagi Fik. Please... kalau kau kesiankan sangat dekat si Amy tu, kau jadi ajelah boyfriend dia."
"Hei, kau ni..." Marah Taufik. Mencerlung matanya ke arah Raykal yang sudah tersengih itu.
"Tahu marah. Habis, kau suruh aku berbaik dengan dia tu, aku sukalah? No way.. lagipun kan, banyak lagi perempuan yang lebih baik dari Amy di luar sana."
"Itu aku setuju. Tapi, kau jangan berani kebas Wulan pulak."
"Hah?" Raykal terkejut.
"Aku nak tackle Wulan. Kau tolong aku Kal, boleh?"
Sekali lagi Raykal terkejut dengan permintaan Taufik.
Tolong Taufik dan seksa hati sendiri.
Apa yang harus dia lakukan?
"Kenapa aku?"
"Sebab kau lebih rapat dengan Wulan berbanding aku."
"Tapi..."
Raykal tak setuju. Tapi, dia tidak berani meluahkannya.
"Tolonglah member kau ni Kal."
Taufik merayu.
Raykal dihimpit rasa bersalah.
"Baiklah. Aku tolong kau."
Akhirnya, itu keputusan yang Raykal pilih.
Patah seribu hatiku...
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...