Bab 46

17.2K 735 9
                                    

Iphone yang asyik berdering sedari tadi langsung tidak diendahkan oleh Wulan. Dirinya hanya kaku memeluk lutut sambil mata memerhati nama yang terpapar di skrin Iphone miliknya itu. Sengaja dia tidak menjawab panggilan daripada Raykal. Dia masih sakit hati dengan kejadian semalam. Disebabkan itu jugalah dia mengambil keputusan untuk bercuti hari ini. Mana mungkin dia boleh fokus pada pekerjaannya kala hatinya asyik terfikirkan Raykal.

Chef.. sampai hati awak curang. Buat sekian kalinya, airmata gadis itu tumpah lagi. Semuanya dek kerana Raykal.

Perlahan-lahan Wulan mencapai Iphone tersebut apabila ianya sudah berhenti daripada terus berdering lagi. Aplikasi Whatsapp dibuka dan tentera nama Raykal.

Kau kat mana? – My Sayang

Wulan, aku nak jumpa kau. Ada benda aku nak beritahu kau ni. – My Sayang

Cik bulan!!!!! – My Sayang

Wulan, kau marah aku ke? Kenapa tak balas? Selalu laju jer kau balas mesej aku. – My Sayang

Balas balas balas (emoji geram) – My Sayang

Bibir Wulan menguntum senyuman tatkala membaca mesej tersebut. Comel pula rasanya bila memikirkan riak wajah Raykal yang tengah geram. Tetapi hanya dua saat bila senyuman Wulan mati dengan mendadak. Adegan mesra antara Raykal dan gadis semalam kembali terlayar dimatanya. Ya Tuhan... sungguh sukar untuk aku tanggung rasa sakit hati ini. Aku cintakan Raykal dan aku tidak sanggup kehilangan dia.

Wulan sedikit tersentak apabila Iphone ditangannya bergetar. Raykal menghantar mesej lagi!

Aku tak tau apa silap aku sampai buat kau macam ni. Aku minta maaf. Kau tak nak jumpa aku ke Wulan? Aku nak jumpa kau boleh? Aku tunggu kau di restoran. Aku akan tunggu kau tak kira berapa lama manapun. Aku rindukan kau. – My Sayang

Lup dup lup dup....

Wulan memegang dadanya yang berdetak hebat. Perasaan apakah ini? Mengapa kala ini dia rasakan sangat berdebar dan.. bahagia? Ya Tuhan... aku tidak mampu menipu perasaan ini. Aku cintakan Raykal dan aku rindukan lelaki itu. Aku tidak mahu kehilangan dia. Sungguh, aku akan lakukan apa sahaja asalkan Raykal selalu di sisi aku.


*****

"Dah lama tunggu?" 

Wulan tersedar daripada lamunannya tatkala suara lelaki menyapa gegendang telinganya. Dia mengangkat wajah memandang susuk tubuh Raykal sudah berada di hadapannya.

"Taklah. Duduklah." Pelawa Wulan perlahan. Tiba-tiba dia berasa sedikit kekok untuk berhadapan dengan Rayal. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tajam merenungnya.

"Aku ingat kau dah tak nak jumpa dengan aku."

Wulan tersenyum kelat.

"Aku tak faham dengan apa yang terjadi antara kita sejak dua menjak ni. Kau boleh terangkan kat aku ke sebab apa semua ini berlaku? Mengapa aku rasa kau macam nak jauhkan diri daripada aku? Aku ada buat salah besar kat kau?" Soal Raykal kepada Wulan. Sungguh, dia tidah mengerti dengan sikap kekasih hatinya itu. Hampir seminggu Wulan menghilang tanpa membalas segala panggilan atau mesej daripada dia.

"Sebenarnya, saya nak cakap sesuatu kat awak." Ujar Wulan. Segala persoalan Raykal tadi hanya dibiarkan menyepi tanpa sebarang jawapan.

"Apa dia?"

"Saya nak kita putus." Ujar Wulan berterus terang.

Raykal terkedu. Bait bicara Wulan beberapa saat tadi berjaya membuatkan jantungnya seperti berhenti daripada terus mengepam darah. Wajahnya berubah pucat. Dia.. salah dengar kan?

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now