"Wulan, sini jap." Panggil Raykal tatkala melihat isterinya yang baru muncul dari arah dapur. Baru habis makanlah tu.
Wulan segera mendekati Raykal. "Kenapa?" Soalnya bingung.
"Takda. Saya cuma rindukan awak." Raykal senyum. Terserlah barisan giginya yang putih bersih.
Wulan mencebik. Yalah tu rindukan aku. Baru beberapa minit aku takda, dia rindukan aku. Dulu, berbulan-bulan dia kat Dubai, tiada pula kata rindu. Bencilah.
"Aik? Kenapa buat muka macam tu depan suami? Tak elok tau. Tak cium bau syurga kata orang." Ujar Raykal yang berbaur usikan.
"Tak sukalah cakap macam tu. Saya nak cium bau syurga jugak." Balas Wulan dengan nada suara manja.
"Serius awak nak?" Mata Raykal membulat.
Dengan wajah yang polos, Wulan mengangguk.
"Kalau nak cium bau syurga, cium suami awak ni hah."
Berubah riak wajah Wulan. Pipi suaminya dicubit kuat. Habis kemerahan seluruh wajah lelaki itu. Nak sangat dicium kan? Rasakan!
"Apa buat saya macam ni? Sakitlah." Adu Raykal dek kerana kesakitan di kedua belah pipinya. Pipinya diusap-usap untuk menghilangkan sedikit rasa kebas.
"Itu ganjaran untuk orang nakal macam awak. Tak matang sungguh." Ejek Wulan.
"Habis, awak tu dah matang ke?" Lawan Raykal pula.
"Of course la I dah matang." Wulan tidak mahu kalah.
"Yalah tu dah matang. Ingat tak siapa dulu yang mati-mati nak minta putus dengan saya?"
Riak wajah Wulan terus berubah. Mengingatkan keputusan bodoh yang dia buat dulu, dia ditebali dengan rasa malu yang amat sangat. Dia mengaku dia tidak berfikiran matang ketika itu. Hanya kerana rasa cemburunya, dia hampir kehilangan Raykal. Dan sekarang baru dia tahu selama ini dia telah melakukan kesilapan besar. Dia menuduh Raykal berlaku curang sedangkan semua itu adalah tidak benar.
Chef, maafkan saya... Rintih Wulan dalam hati.
Menyedari perubahan riak pada wajah si isteri, Raykal terus menggelabah. Aduhai, baru nikah dia dah buat Wulan marah dekat dia. Dia.. salah cakap ke? Sebenarnya dia bergurau saja tadi. Tapi tidak pula dia tahu Wulan akan terasa hati seperti ini.
"Err... saya gurau ajelah tadi. Awak marah ke?" Soal Raykal serba salah. Dia pandang ke sekeliling. Tetamu yang hadir semakin berkurangan. Esok malam akan disambung pula dengan majlis persandingan mereka di sebuah hotel ternama.
"Awak..." Panggil Wulan meleret. Wajah Raykal direnung dengan kasih yang mendalam. Sungguh dia cintakan suaminya itu.
"Kenapa ni?" Soal Raykal risau. Wajah sedih isterinya membuatkan dia rasa tidak tenang. Apa lagi yang menganggu fikiran isterinya tika ini?
"Kalau saya nak minta maaf dengan awak... awak maafkan saya tak?"
Dahi Raykal berkerut seribu. Wajah Wulan direnung lagi untuk mencari maksud disebalik pertanyaan isterinya. Tapi sayang, dia tidak dapat menekanya.
"Saya tak rasa awak ada buat salah dekat saya. Mengapa nak minta maaf pulak?"
"Sebab saya..."
Tidak sempat Wulan menjawab pertanyaan Raykal, pengganggu nombor satu iaitu Nina datang menyampuk.
"Alahai pengantin baru ni. Angah dan kak ngah, kalau nak berlovey dovey sangat pun masuklah bilik dulu. Tak senonoh tau tunjuk depan Nina." Usik Nina dengan senyuman nakalnya. Panggilannya pada Wulan juga sudah berubah.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...