Hanya kesunyian yang menyelebungi suasana di dalam kereta sejak tadi. Raykal memfokuskan pandangan terhadap pemanduannya. Sekali sekala sahaja dia mengerling ke arah Wulan. Gadis itu hanya senyap sambil memandang ke sebelah sana.
Ah, dia tak kira. Wulan harus di ajak berbual. Bukankah gadis itu lebih banyak berceloteh dengan dia sebelum ini? Dia benci melihat Wulan yang pendiam seperti sekarang ini.
"Kau biasa masuk pasar?" Raykal memulakan perbualan. Seminit berlalu, pertanyaannya masih tidak berjawab. Wulan langsung tidak mengendahkannya.
"Wulan..!" Tegur Raykal lagi. Terkilan dan sedih dengan sikap Wulan. Dulu... bukan main lagi Wulan bercerita dengan dia. Kalau boleh, tak nak berhenti bercakap.!
Wulan segera mengalihkan pandangannya ke arah Raykal.
"Awak panggil saya ke?" Soalnya.
Tengok tu... cara panggilan dia pun berubah. Wulan Wulan... apa yang aku dah buat kat kau sampaikan kau berubah sedrastik ini.?
"Yalah. Dah kita dua saja di sini sekarang. Melainkan kau bawa teman."
Raykal menjeling Wulan sebelum menghadap ke hadapan semula. Matanya sukar untuk di kawal dari memandang wajah gadis itu. Penyakit yang parah baginya.
"Teman? Siapa?" Soal Wulan bingung.
"Hantu." Balas Raykal sepatah.
"Hesy, hantu tak wujud. Awak sendiri yang kata."
"Ya ke? Bila?" Soal Raykal balik. Tersungging senyuman di bibirnya. Tak sangka Wulan masih ingat akan kata-katanya sewaktu mereka keluar bersama dulu.
"Err..."
Wulan terkelu.
"Tak boleh nak cakap pula?"
"Bukanlah..! saya dah tak ingat bila awak cakap macam tu. Saya ni cepat lupa."
"Muda-muda lagi dah cepat lupa? Aku yang lagi tua dari kau pun masih kuat ingatan tau..!"
Wulan menjeling ke arah Raykal. Wajah lelaki itu masih di hiasi dengan senyumannya.
"Awak ni banyak cakaplah. Pening kepala saya dengar."
Raykal tergelak kecil.
"Baik cik bulan. Tapi mohon jangan pening buat masa sekarang sebab kita dah sampai kat pasar."
Wulan mencebik. Dia keluar daripada perut kereta sebelum Raykal. Lama dia perhatikan kawasan pasar yang besar. Seumur hidup, mana pernah dia pergi ke tempat ini. Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya Wulan Raihana menjejakkan kaki ke pasar bersama Raykal. Wah, bukan main lagi Raykal ada bersamanya sewaktu dia ingin mencatat sejarah dalam hidupnya.
"Tengok apa tu?" Sapa Raykal. Tersenyum dia melihat riak wajah Wulan.
"Inikah pasarnya chef?"
"Kau tak pernah ke pasar?"
Wulan menggeleng perlahan.
"Sekali pun tak pernah?" Soal Raykal lagi.
"Kan saya dah geleng kepala tadi. Maknanya, saya memang tak pernah pergi pasar. Ini first time tau.!"
Terkebil-kebil mata Raykal memandang gadis itu. Nak gelak, rasanya tiada yang lucu. Tak sangka... Wujud lagi rupanya perempuan seperti Wulan.
"Awak nak gelakkan saya kan?"
"Kau nampak aku gelakkan kau ke?"
Wulan tersenyum sinis. "Dalam hati... siapa tahu kan?"
"Tak tahulah siapa tahu. Yang aku tahu, kau saja yang dalam hati aku." Raykal berkata dengan bersahaja.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomantizmTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...