Bab 55

22.7K 746 15
                                    

Wulan mencelikkan mata perlahan-lahan. Berat sangat mata ini nak buka. Menyedari Raykal tiada di sisinya, dia bingkas bangun dan menyandar di kepala katil. Mana perginya suami aku ni?

"Sayang... you kat mana?" Panggil Wulan. Dia mencari di bilik air tetapi tidak kelihatan kelibat lelaki itu.

"Dia keluar ke?" Wulan tertanya sendiri. Dalam keadaan yang masih mamai, Wulan kembali merebahkan badan di katil.

Dan baru sahaja dia ingin melelapkan mata, pintu bilik tiba-tiba terbuka. Tersebul wajah Raykal dengan keadaan yang berpeluh. Tahulah Wulan yang suaminya itu baru habis senaman pagi.

"Aik? Dah bangun rupanya cik bulan aku ni." Sapa Raykal lalu merapati isterinya. Dahi Wulan dikucup sebelum beralih ke bibir secara spontan.

Wulan tersenyum saja. Dalam hati sudah bersorak gembira. Yeah, dapat morning kiss daripada my chef!

"I miss you sayang." Ucap Wulan lalu memeluk tubuh Raykal.

"Saya berpeluh ni yang. Tak busuk ke awak peluk?"

Wulan menggeleng. Pelukan dilepaskan dan wajah tampan suaminya ditatap.

"Busuk pun I tetap nak peluk you. Tak nak lepas." Balas Wulan nakal. Tergelak kecil Raykal mendengar celoteh isterinya.

"Kaki awak macam mana? Dah okey ke?" Kaki isterinya dibelek pula. Semalam asyik mengadu saja kaki dia sakit. Nasib baiklah tidak membengkak.

"Dah okey sikit. Thanks sayang sebab tolong I urutkan semalam."

Raykal mengalihkan pandangannya ke arah Wulan. Wajah bersih itu ditatap dengan penuh kasih.

"You're welcome my princess. Dah memang tugas saya sebagai suami awak untuk memastikan awak dalam keadaan yang baik saja. Tapi yang, berbaloi kut saya tolong awak semalam. Saya dapat habuannya." Raykal senyum gatal.

Wulan menjegilkan mata. Eee... dasar suami miang. Dia juga yang kata, apa yang sudah berlaku, biarkan berlalu. Ini dah apa kes ungkit balik hal semalam? Malu tahu tak!

"Stop, stop! I tak nak dengar lagi. Suka kan buat I malu."

"Sukalah. Muka awak bila malu... seksi sangat." Raykal tergelak selepas itu. Apa bendalah yang dia melalut ini? Wahai isteriku... semoga awak tabah melayan suamimu ini.

"Sayang... tak suka la..." Rengek Wulan. Marahnya tidak menjadi bila suaminya berkata begitu. Malu dia kata seksi. Marah pun seksi. Arghh.. seksa!

"Okay okay... so sorry baby. Nah, minum air ni dulu."

Raykal menyuakan botol mineral di tangan kepada isterinya. Wulan terus meminum air lebihan Raykal tanpa rasa sedikit geli pun. Berkongsi minuman dengan suami aku juga, bukannya orang lain.

"Lapar tak?" Soal Raykal sambil membetulkan rambut isterinya yang agak berserabai. Dia suka melihat wajah Wulan selepas bangun dari tidur. Nampak comot tetapi tetap kelihatan cantik.

Wulan angguk kepala.

"Nak makan sini atau luar?"

"Kat sini aje. I penat. Mata pun rasa nak terpejam aje." Adu Wulan manja. Penat semalam masih lagi terasa. Nasib baik kakinya sudah terasa membaik sedikit selepas Raykal mengurutnya semalam.

Raykal tersengih.

"Awak ngantuk lagilah yang. Tulah... saya dah kata rehat aje malam tadi tapi awak tetap nak goda saya."

"Chef!!" Jerit Wulan dengan kuat. Darah menyerbu ke seluruh wajahnya. Malunya ya ampun...

Terbahak-bahak Raykal mentertawakan isterinya.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now