Kecantikkan yang abadi dan kekayaan. Ya itulah maksud disebalik nama aku, Amara Aghnia. Orang selalu panggil Gina sahaja. Tapi tidak pada seseorang yang begitu istimewa dalam hidup aku. Tak lain tak bukan Azfer Aisy, si pemimpin yang kaya dan mewah. Aku selesa dengan panggilan yang seringkala dia sebut. Bila tegas, panggil Amara. Bila mood biasa panggil Gina dan paling aku suka bila dia panggil aku dengan gelaran 'baby girl'. Yesss.. akulah baby girl Aisy. Dan aku mahu gelaran itu kekal sampai bila-bila!
Aku dan Aisy berkawan sejak kecil lagi. Babah Aisy dan daddy aku merupakan rakan kongsi dalam menubuhkan syarikat mereka sendiri, SA Holding. Aisy tua dua tahun daripada aku. Dialah yang menjadi peneman aku selama ini memandangkan aku tidak mempunyai adik beradik yang lain. Aku anak tunggal dan Aisy merupakan anak sulung dan mempuyai dua adik kembar iaitu Rizhan dan Rizfan.
Aisy lah jadi kawan, Aisy lah jadi abang, Aisy lah jadi kakak, Aisy lah jadi tempat aku bermanja. Dan Aisy tidak kesah dengan semua itu. Aisy layan semua karenah aku. Sudah terbiasa sejak kecil lagi. Nasib baiklah adik-adik Aisy semua lelaki. Dapatnya perempuan dan manja macam aku, pasti aku cemburu jika Aisy melayannya. Aku mahu Aisy hanya pandang aku seorang. Hanya aku yang Aisy boleh sayangi selain bonda Aisy. Tak ada perempuan lain!
Kini aku dan Aisy sama-sama menuntut ilmu di sebuah universiti swasta. Sebelum ni Aisy pernah mendapat tawaran sambung belajar di luar negara tetapi dia tolak. Atas alasan sebab tak ada aku. Ya.. aku yang memujuk Aisy agar tidak menerima tawaran itu. Aku tak mahu Aisy jauh dari aku. Nasib baiklah Aisy setuju. Itupun setelah aku memujuk dia. Bukan memujuk sahaja tetapi lebih kepada menggoda. Yesss.. itu kelemahan Aisy yang orang lain tak tahu. Goda sikit sahaja Aisy sudah goyah. Mudah untuk dia jatuh pada aku.
Aku pula daddy sekat untuk belajar ke luar negara. Sebab aku anak tunggal jadi daddy dan mummy tak mahu aku duduk jauh. Daddy ni! Orang dah besar pun tak bebas lagi. Bayangkan nak berjalan jauh dengan kawan-kawan pun aku kena angkut Aisy sekali. Itu semua atas arahan daddy. Daddy letakkan sepenuh kepercayaan kepada Aisy untuk menjaga aku.
Lagilah aku suka jika Aisy ada bersama aku. Aku dan dia mana pernah berpisah. Dimana ada Amara, disitulah ada Aisy. Nak kata aku cintakan Aisy.. aku tak tahu itu. Tapi perkataan 'I love you' memang tak asing lagi dari mulut aku. Seolah-olah tiga perkataan itu tidak membawa makna apa-apa pada kami berdua. Aisy.. I love you. Dan aku tak mahu kehilangan Aisy. Hilangnya, hilanglah seri kehidupan seorang gadis bernama Amara Aghnia.
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...