"Chef, Big Beef Pasta satu meja 5..."
"Wulan?"
Syakila tersengih. Amboi amboi, dia tak sempat habis cakap lagi, chef Raykal sudah memotong laju. Macamlah Wulan tu nak lari.
"Haah. Cik Wulan yang order. Mana chef tahu?" Soal Syakila penuh kemusykilan.
"Aku teka saja."
"Lagi satu chef.. Dia pesan nak chef yang hantarkan."
Tersungging senyuman di bibir Raykal. Orang yang ditunggu sudah tiba. Dari tadi dia tidak betah duduk memikirkan hal Wulan sama ada dia datang atau tidak. Tak sangka, datang juga cik bulan aku tu.
"Give me a few minutes..!"
Laju sahaja Raykal memulakan kerjanya. Tercenggang Syakila menyaksikan karenah chef Raykal yang dikenali sebagai hati batu itu.
Apa tak kena dengan chef Raykal sepanjang ketiadaannya di sini?
Satu lagi yang pelik... sebut saja nama Wulan, dia tersenyum. Itu dah kes apa? Cik Wulan pun satu. Yang sampai nak pesan suruh chef Raykal hantarkan pesanan dah kenapa? Pelik bin ajaib sajalah dua makhluk Allah ni.
Pening Syakila memikirkannya.
************************
"Big Beef Pasta for you..."
Wulan dikejutkan dengan suara itu. Suara yang kononnya seperti ayam berkokok, padahal suara itulah yang menjadi igauannya setiap malam. Tersenyum dia tatkala terpandang wajah segak Raykal.
"Hai sayang.." Sapa Wulan manja.
Raykal tersenyum geli hati. Wulan yang gedik sudah menjelma kembali. Sempat lagi dia mengutuk kekasih sendiri.
Ek eleh Raykal, sebab Wulan gediklah yang buat kau jatuh cinta dengan dia kan? Hatinya bertanya. Malas Raykal mahu melayan. Iyakan ajelah kata hatinya.
"Sayang, awak tak jawab lagi sapaan saya."
"Hai juga cik bulan."
"Ceh, tak romantiknya..." Rungut Wulan sambil memunucungkan mulutnya.
"Habis tu, bagaimana cara nak balas dalam versi romantik kau tu?" Soal Raykal sekali dengan perlian.
Tapi bagi Wulan, it's nothing.! Yang ada hanya senyuman nakal yang terhias cantik di bibir merahnya.
"You should say, Hi my darling."
Raykal membuat aksi ingin termuntah. Dia belum gila untuk mengikut arahan Wulan untuk membalas sapaan seperti demikian. Hilanglah machonya nanti.
"Tak kuasa aku nak layan kau." Selamba saja Raykal berkata.
Wulan cemberut. Riak wajahnya masam.
Uiks, macam merajuk aje? Desis hati kecil Raykal.
"Awak tak anggap saya macam seorang kekasih." Ujar Wulan mendatar.
Raykal terkesima.
"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Raykal dalam intonasi yang sama.
"Yalah. Awak kata tak kuasa nak layan saya."
"Adakah itu bermakna aku tak anggap kau macam seorang kekasih?"
Wulan terkelu. Okey, dia give up. Jika bermain kata, memang Raykal rajanya.
"Taklah... awak patut layan saya baik-baik. Saya datang ni semata-mata nak berjumpa dengan awak."
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...