Bab 29

19.4K 757 8
                                    

"Morning Wulan..."

Sebaik sahaja tiba di dapur, Taufik terlebih dahulu menyapanya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada lelaki itu.

"Morning Fik.." Balasnya smabil mata melilau mencari kelibat seseorang.

"Cari siapa?"

Erk? Macam tahu-tahu saja si Taufik ni.

"Chef Raykal mana?"

"Amboi, baru tiga hari.. tak kan dah mengaku kalah kut?"

Wulan menjegilkan mata ke arah Taufik tanda menyuruh agar lelaki itu tidak memulakan sesuatu berkaitan rancangan mereka. Dengar dek Raykal nanti, habis hancur semuanya.

"Belum lagilah. Saya cuma nak tahu dia kat mana? Tak nampak lagi pun batang hidung dia."

"Mana nak nampak kalau dia belum datang."

Wulan sedikit terkejut.

"Bukan dia selalu datang awal ke?" Soal Wulan pelik.

"Haah tapi bukan hari ini. Entah ke mana budak tu merayap."

"Awak tak call dia? Tanyalah dia kat mana sekarang."

"Buat apa nak call? Pandai-pandai dia la masuk kerja." Balas Taufik pula.

"Tapi... nanti bos besar marah."

Pandai aje Wulan ni. Bos besar pun dia tak kenal. Hahaha...

"Tak kan marah punya."

"Ya ke? Confident aje awak ni." Wulan berpeluk tubuh sambil memandang wajah Taufik. Tak puas hati ni.!

"Hidup kena confident Wulan.. Kalau awak tak confident, macam mana nak hidup kat dunia yang semakin canggih ini.?" Cukup bersahaja Taufik menuturkannya.

"Awak ni kan Fik, raja melalut nombor satu tau tak?" Ujar Wulan geram.

"Jika saya raja, awaklah permaisurinya. Hahaha..."

Taufik gelak dengan kuat. Ini yang menambahkan api kegeraman Wulan. Nak kena ni...

"Hah, panjang umur Raykal.. tu pun dia."

Wulan pantas menoleh ke belakang. Benar... Raykal sudah datang. Segak pula penampilan dia hari ini. Hailah Raykal ni.. tak pernah tak segak dan tak pernah tak kacak. Hari-hari kacak bagi Wulan.

Apabila melihat langkah Raykal di atur mendekati dia dan Taufik, segera wajahnya dipalingkan ke hadapan semua. Dadanya tiba-tiba berdebar bila berhadapan dengan dua lelaki ini.

"Lewat datang bro..?" Tegur Taufik terlebih dahulu.

"Sekali sekala apa salahnya." Balas Raykal pula. Sekejap-sekejap mata menjeling ke arah Wulan tetapi gadis itu enggan melihatnya. Malu ke apa dia ni? Bisik hati Raykal.

"Buat apa duduk santai-santai lagi ni? Mulalah buat kerja." Arah Raykal.

"Kejaplah bro. Bagi kami dua dating pagi dulu."

Tersedak air liur sendiri Wulan mendengar penjelasan Taufik sebentar tadi. Gila ke apa cakap macam tu depan Raykal?

Riak wajah Raykal terus berubah. Tapi, cepat sahaja dia berlagak tenang semula. Tidak mahu Taufik mahupun Wulan menyedari semua itu.

"Oh... okeylah macam tu. Korang dating ajelah dulu. Tapi harap taklah lama sangat. Banyak lagi kerja yang kena buat." Pesan Raykal berbaur sindiran.

Taufik tersengih manakala Wulan hanya berdiam diri.

"Kurang asam betullah awak ni Fik. Ada pula cakap macam tu depan dia?" Wulan memarahi Taufik sebaik sahaja Raykal berlalu pergi meninggalkan mereka.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now