Dia melangkah menuju ke katil isterinya bersama perasaan yang serba-salah. Ada benarnya yang dikatakan Zarif. Sebab dia, Wulan jadi seperti ini. Jika dia berkeras membawa isterinya ke klinik terlebih dahulu, Wulan tidak mungkin akan jatuh pengsan. Tetapi dia... dia lebih utamakan orang lain dan meninggalkan isterinya di saat gadis itu memerlukan dia. Dia memang tak layak menjadi suami pada Wulan.
"Wulan..." Sapanya. Gadis itu mengelamun jauh sehingga tidak menyedari kehadirannya. Saat dia menegur, barulah Wulan menoleh ke arahnya. Bila gadis itu sudah memandangnya, dia pula yang tergamam. Matanya membulat dan hatinya berdetak laju melihat tampalan luka di dahi isterinya.
"Kenapa dengan dahi awak ni?" Soal Raykal sambil membelek-belek tamparan luka di dahi Wulan. Setahu dia, Wulan hanya dijumpai pengsan di pejabat. Ini dah kenapa siap bertampal kat dahi?
"I terhantuk dekat bucu meja." Balas Wulan. Suaranya masih kedengaran lemah.
"Bila awak terhantuk? Sakit lagi tak?"
"Auch!"
Wulan mengadu kesakitan apabila tanpa sengaja tangan Raykal tersentuh di tempat luka tersebut. Berkerut dahi Wulan menahan perit yang dirasai.
"Sorry.. sorry. Saya tak sengaja." Kalut Raykal memohon maaf sambil meniup berkali-kali dahi isterinya yang luka. Macamlah luka tu boleh sembuh kalau buat macam tu. Detik hati Wulan. Dia cuba menahan senyum. Geli hati dan terharu dengan perlakuan suaminya.
"Maafkan saya..." Tiba-tiba kata itu terbit di bibir Raykal.
Wulan terkesima. Matanya bertembung dengan anak mata milik Raykal. Mata coklat itu tunak merenung dia. Dan dia... turut sama merenung wajah lelaki yang dicintainya itu.
"Maafkan saya sebab tinggalkan awak tadi. Saya sepatutnya menemani awak. Saya sepatutnya tahu yang awak tidak berapa sihat. Tapi saya pergi tinggalkan awak. Saya tinggalkan isteri saya sampaikan begini jadinya. Saya rasa bersalah pada awak Wulan."
Wulan menghela nafas perlahan. Bukannya mahu mengeluh tetapi hatinya jatuh kasihan pada suaminya yang merendah diri untuk memohon padanya. Lelaki itu bukannya melakukan kesalahan yang besar. Dia juga salah sebenarnya. Jika dia tidak berkeras hati... jika dia tidak menyimpan rasa cemburu itu... dan jika mengikut kata suaminya, pasti dia tidak jadi seperti ini. Mungkin dia tidak akan dijumpai pengsan berlumuran darah di dahi.
"Bukan salah you. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Jadinya... I tak nak you rasa bersalah lagi. Kalau you rasa macam tu, I pun turut rasa yang sama. Malah, lebih daripada you."
Tidak terkata Raykal mendengar bicara isterinya. Layanan Wulan padanya juga sudah beruabah. Tidak lagi dingin seperti pagi tadi.
"Tapi saya tak patut tinggalkan awak."
"Bukan you yang tinggalkan I. Tapi I yang tak nak ikut you. So, I yang bersalah. Sorry sayang." Cantas Wulan dengan laju.
Raykal terkedu. Kemudian, bibirnya menguntum senyuman. Lapang dadanya mendengar Wulan memanggilnya begitu. Adakah itu bermakna Wulan sudah tidak marah padanya? Selama dia mengenali Wulan, dia tahu marah gadis itu padanya tidaklah terlalu lama.
"Kalau boleh, saya tak nak tinggalkan awak pagi tadi. Tapi saya terpaksa pergi untuk hantar Elyana balik." Raykal pandang wajah Wulan. Kelihatan riak gadis itu biasa-biasa saja.
Namun, itu katanya Raykal. Dalam hati Wulan dah meluat dengar nama perempuan itu. Tidak semena-menanya kejadian pagi tadi terimbas di fikirannya.
"Wulan!"
Belum sempat Wulan mengatur langkah keluar daripada bilik mesyuarat, tangannya direntap oleh Elyana. Wulan terkejut. Ingatkan siapalah yang berani buat dia begitu.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...