Bab 42

17.3K 632 7
                                    

"Wulan... jom.!"

Tiada angin tiada rebut tiada hujan, tiba-tiba Zarif keluar dari bilik pejabatnya dengan tergesa-gesa lalu mengajak Wulan keluar. Wulan kebingungan buat seketika. Terpinga-pinga dia memandang ke arah Zarif.

"Nak ke mana?" Soalnya pelik.

"Kita jumpa client then lunch sekali." Jawab Zarif dengan tenang.

Wulan mengeluh perlahan. Alahai... tak dapatlah aku nak jumpa my Raykal hari ini...! Wulan hanya mampu menjerit kekesalan di dalam hati.

"Wulan, jomlah." Ajak Zarif sekali lagi.

Wulan buat muka. Gaya bosan.

"Yalah..."

Wulan mengikut langkah Zarif dengan malas. Dalam hati dia tidak ingin untuk keluar bersama Zarif. Serius dia tak tipu. Dia tak suka dengan Zarif. Apa kata orang tu? sebab dia sombong, berlagak, perasan dan paling penting sekali dia tu lelaki playboy!





Sayang.. I tak dapat lunch dengan you. Bos ajak jmpa client

Wulan menghantar SMS kepada Raykal untuk memberitahu Raykal bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan lelaki itu. Hmm... Wulan mengeluh lemah. Sehari tak jumpa Raykal maka sehari itulah dia tiada semangat untuk bekerja. Raykal umpama pengecas tenaganya. Rindu my Raykal...

"You Whatsapp siapa tu?"

Wulan tersentak. Tiba-tiba orang sebelah bertanya. Hish dia ni kan... fokus sajalah pada pemanduan tu. Ni tidak. Sibuk lagi nak tahu hal tepi kain orang. Bentak Wulan dalam hati.

"My chef..." Jawab Wulan dengan jujur. Baginya, my chef itu membawa maksud yang banyak seperti, my Raykal, my sayang, my boyfriend, my future husband, my love, my buah hati dan banyak lagilah. Banyaknya tak terkira sehingga tak tahu nak gelar dia apa lagi. Apa-apapun, Raykal adalah segala-galanya.

Zarif kerut dahi.

"Chef? You ada chef peribadi?"

"Hmm..." Malas rasanya untuk membuka mulut. Tiada minat untuk berbual dengan Zarif jika fikirannya jauh kepada buah hatinya di sana. My Raykal...

"You okey ke ni? Macam tak okey aje I tengok."

Sedar pun awak yang saya ni tak okey. Ya, memang saya tak okey sebab awak ajak saya pergi lunch. Saya nak lunch dengan my Raykal, bukan awak.! Bentak Wulan tetapi cuba di tahan agar tidak terkeluar suara kegeraman itu.

"Saya okey cuma pening sikit je. Awak memandu ajelah. Tak payah ajak saya berbual lagi. Nanti bertambah-tambah pening kepala saya ni dengar awak bercakap." Selamba saja Wulan menuturkan kata peringatan itu. Tiada masa untuk dia menjaga hati orang sekarang. Hati sendiri pun tengah sakit.

Zarif senyap selepas itu. Lantak dialah jika terasa hati dengan apa yang aku katakan. Tiba-tiba, iPhone miliknya bergetar. Whatsapp daripada 'My Sayang'.

Tersenyum dia melihat balasan SMS daripada Raykal. Tetapi sebaik saja membaca SMS itu, senyumannya serta merta mati.

Takpa. Aku faham.

Huwaaa... chef tak faham. Chef tak tahu betapa saya rindukan chef sekarang ini. Saya nak chef.! Rasa nak meraung saja Wulan tika ini. Nasib baiklah dia naik kereta encik bos. Kalau tak...

Hmm.. Nasiblah...



Wulan menguis-guis nasi di pinggannya. Tiada selera untuk menjamah nasi tika ini. Dia ingin pasta buatan chef Raykal.

"Tak sedap ke nasi you tu?" Zarif menegur tiba-tiba.

Wulan tersentak. Dia mendongak memandang Zarif dengan pandangan tanpa riak apa-apa. Kosong. Sekosong hatinya ketika ini. Cuma ada dia dan Zarif di meja makan. Client yang mereka jumpa sebentar tadi sudah berlalu kerana ada kerja lain yang perlu dia kerjakan. Maka, tinggalkan Wulan berdua-duaan dengan Zarif. Sedari tadi mereka hanya berdiam diri. Wulan pula lebih suka melayan perasaan sendiri dan sesekali sahaja dia menjamah nasi itu. Itupun sekadar mengisi perutnya yang lapar.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now