Bab 20

20.8K 872 30
                                    

Deringan telefon memecahkan kesunyian di bilik tidur Wulan. Dia yang baru keluar daripada bilik air melulu mendapatkan telefon bimbitnya.

Matanya membulat. Mulutnya terlongo apabila melihat nama si pemanggil. 'My chef' jelas terpampang di skrin Iphone miliknya.

"Hello chef.."

"Assalamualaikum.."

Wulan tersengih malu.

"Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh.."

"Kau buat apa?"

"Baru habis mandi dan belum pakai baju lagi. Baru nak pakai, chef dah call I."

"Err..." Seakan-akan tergagap orang di sana bercakap.

"Kenapa you call?" Soal Wulan lagi.

"Perlu ke kau bagitahu aku benda tu semua?"

Wulan kerut dahi. "Benda apa?"

"Yang tadi tu..."

"Yang mana?"

"Err... pasal kau tak pakai baju lagi. Itu pun kau nak bagitahu orang ke?"

Wulan terdiam. Tidak lama kemudian, barulah dia ketawa. Baru faham kenapa lelaki itu tergagap tadi.

"Chef tanya I buat apa, I jawab ajelah dengan jujur."

"Kut ya pun, cover la sikit..."

Wulan tersenyum sendiri. Lawak punya chef!

"I cakap I belum pakai baju aje pun. Bukannya cakap benda tak elok. Chef fikir benda lain erk?" Sakat Wulan.

"Hesy, mana ada.!"

"Yalah tu..."

"Jangan tuduh sembarangan cik bulan. Boleh jadi fitnah tu. Nanti tak pasal-pasal kau dapat dosa free."

Wulan mencebik.

"Whatever la ustaz Raykal."

Giliran Raykal pula yang ketawa.

"Ada hal apa chef call anak dara orang malam-malam gini?"

"Salah ke?"

"Tak salah cuma pelik. Chef mimpi apa call I? Rindu I ke?"

"Aku belum gila untuk rindukan kau."

Hmm... tau dah jawapan dia...

"Habis tu?"

"Aku nak cakap sesuatu kat kau."

"Okey, I dengar." Ringkas sahaja Wulan membalas.

"Aku malas nak berkias-kias bagai dan ada baiknya aku cakap straight to the point aje. Sebenarnya, Taufik sukakan kau.!"

"Hah?" Wulan sedikit terperanjat.

"Taufik sukakan kau dan dia minta tolong kat aku buat kau jatuh cinta dengan dia. Sebagai kawan, aku akan tolong dia. Aku tak kira. Kau mesti jatuh cinta dengan dia. Tapi sebelum tu aku nak tanya kau. Kau suka Taufik ke?" Soal Raykal terus. Nada suaranya serius. Wulan yang dengar saja sudah tahu bahawa lelaki itu tidak bergurau.

Taufik sukakan dia? Dia tak gembira dengar khabar itu.

"I tak tahu nak jawab apa. Memang I suka dia tapi..."

"Itu sudah cukup. So, kau boleh la kan balas balik cinta Taufik?" Belum sempat Wulan menghabiskan bicaranya, Raykal sudah menyampuk.

"You dah gila ke?" Nada suara Wulan naik seoktaf. Dia tak habis cakap lagilah...

"Gila apa pulak? Aku tolong Taufik dan kau tu tolonglah aku. Tolong balas balik cinta Taufik. Dia cintakan kau. Dia nak jadikan kau girlfriend dia."

Raykal bercakap seolah-olah dia seorang yang tidak mempunyai perasaan. Main hentam saja. Janji tolong kawan.!

"You fikir cinta tu benda yang boleh di bawa main-main ke? Cara you bercakap macam cinta tu barang yang pakai buang."

Wulan menahan marah. Kalau Raykal di depan mata sekarang, memang penampar yang lelaki itu terima.

"Taufik suka kau dan kau pun sukakan Taufik. Apa masalahnya?"

"Masalahnya I tak cintakan dia. I cintakan you.!" Bentak Wulan.

Raykal terpempan.

"Senangnya kan you mengarah I macam tu. You suruh I balas balik cinta Taufik sedangkan you tahu perasaan I pada you. You hanya fikirkan perasaan Taufik sebab dia kawan baik you. Perasaan I? you langsung tak nak ambil tahu. Kalau pun you tak suka I, jangan jual cinta I sesuka hati dengan orang lain. Kalau pun you tak terima I, jangan minta I terima orang lain. I tahu you nak tolong kawan baik you tu... but sorry to say, I tak boleh nak tolong you. Cinta I ni bukannya barang, sekejap kat sana, sekejap kat sini. Cinta I ni umpama nyawa I jugak."

Raykal senyap. Terkelu dia mendengar luahan hati Wulan.

"Lepas ni, pandai-pandailah you terangkan kat kawan baik tu. I mengaku I memang sukakan dia tapi cukup sebagai kawan saja. Macam mana I nak balas cinta dia kalau I pun tak cintakan dia? Dan you Raykal, sangat mengecewakan I. Sanggupkan you... teruk sangat ke I di mata you sampai you serahkan I pada orang lain?"

Airmata mula menitis ke pipi Wulan. Segera diseka airmta itu.

"Wulan... aku..."

"You tak perlu jelaskan apa-apa lagi. I dah tahu semua. You tak pernah sukakan I dan mungkin jugak selama ini you meluat tengok muka I..."

Wulan buat-buat gelak. Sedihnya hati... kenapa dia tidak pernah terfikir tentang perkara itu? Mungkin benar Raykal meluat melihatnya.

Aduhai... tak sanggup nak fikir lagi.

Bila Raykal hanya mendiamkan diri, tahulah jangkaan Wulan benar. Sedar diri sedikit Wulan.!

Wulan menarik nafas panjang seraya perlahan.

"Lepas ni I tak akan cari you lagi chef. I tak akan muncul depan you dan anggap tak pernah kenal you. Itu keputusan yang I buat. So, tak ada apa-apa lagi kan yang you nak cakap? Kalau tak ada, I nak tutup telefon, dah ngantuk. Bye, good night."

Panggilan ditamatkan. Telefon dilempar ke atas katil. Wulan terbaring lemah.

Airmatanya berlinangan buat kali keduanya. Dia lemah jika berkaitan cinta. Salahkah keputusan yang dia buat sebentar tadi? Entah la.. dia malas fikir.

Sudahnya dia memilih untuk memejam mata menenangkan diri.

Much love..

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now