Perlahan-lahan, Wulan mencelikkan mata lalu bangun daripada pembaringannya. Dia mengeliat kecil untuk menyegarkan badannya yang masih terasa lenguh.
Jam loceng di tepi katilnya dikerling. Sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Hari ini tidak perlu dia berkejar untuk turun pagi kerana tugasnya menggantikan tempat Syakila sudah selesai. Hari ini juga Syakila kembali bekerja. Dia pula akan kembali kepada kehidupannya yang normal. Kehidupan menjadi seorang penganggur terhormat.
Keluhan nipis tercetus di bibir Wulan. Tidak semena-menanya kejadian semalam kembali terlayar difikirannya. Di mana dia terpaksa berhadapan dengan Raykal untuk berterus terang bahawa selama ini Taufik hanyalah teman lelaki lakonannya. Nasib baik Raykal terima alasan yang diberikannya dengan hati yang terbuka.
"Tipulah kalau aku tak marah kau sebab lakonan yang kau buat bersama Taufik tu. Aku marah tapi marah itu sudah diganti dengan rasa sayang aku terhadap kau. Tipulah kalau aku tak cemburu tengok kau dengan dia. Aku cemburu. Hati aku sakit bila melihat kau bersama lelaki lain dan bukan aku. Kau hanya milik aku Wulan. Tipulah kalau aku tak tersentuh dengan kata-kata kau tadi. Yes, aku tersentuh sangat. Terima kasih kerana mencintai dan setia dengan aku walaupun kau ni nakal sangat nak kenakan aku."
Wulan tersenyum sendiri. Kata-kata Raykal padanya masih kukuh diingatan dan begitu sukar untuk dipadamkan. Dalam diam, Raykal juga menaruh hati padanya. Hah, bahagianya diri ini!!
Tok tok
Pintu biliknya diketuk dari luar. Tidak lama kemudian, muncul wajah mamanya disebalik pintu dan tersenyum ke arahnya.
"Baru bangun ke anak mama ni?"
"Lena sangat tidur malam tadi." Balas Wulan seraya menguap.
"Ni solat subuh sempat ke tak ni?"
Wulan tersengih-sengih.
"Wulan cuti..."
Gila apa nak kata dia terbabas solat subuh? Nak kena penampar oleh mama nanti. Macamlah tak kenal Puan Hazira a.k.a mama yang sangat menitikberatkan solat dalam kehidupan seharian mereka anak beranak. Dari kecil lagi dia dan abangnya dididik dengan mendirikan solat. Alhamdulillah, hasil didikan itulah Wulan tidak pernah leka dengan solatnya kecuali diberi cuti. Perempuan kan istimewa sikit. Allah dah bagi cuti siap-siap.
"Wulan tak turun pagi hari ini?" Soal Puan Hazira lalu duduk dibirai katil. Bibirnya terhias dengan senyuman manis.
Wulan menggeleng kepala seraya membalas senyuman itu. Rambutnya yang agak berserabai segera dikemaskan.
"Wulan dah tak perlu ganti tempat kawan Wulan tu mama. Tu sebab mama boleh tengok Wulan masih kat sini." Ujar Wulan separuh bergurau.
Puan Hazira tidak banyak bicara. Tergeleng-geleng kepalanya melihat telatah anak perempuannya itu.
"Mama tak pergi klinik lagi?" Giliran Wulan pula yang mengajukan soalan.
"Dah nak pergi ni tapi mama risaukan kamu tadi. Lambat pula turunnya hari ini."
Wulan tersengih. Lupa nak beritahu mamanya yang hari ini dia free di rumah.
"Sorry mama..."
"Hmm... tak apalah. Ni, mama nak tanya Wulan sesuatu."
"Apa dia mama?"
"Papa kamu tu asyik tanya mama bila kamu nak kerja. Wulan tak nak kerja lagi ke?"
Tercetus keluhan kecil di bibir anaknya.
"Wulan tak ready lagilah ma..."
Tu dia... asyik jawapan yang sama saja dia terima jika soalan itu diajukan kepada Wulan. Entah berapa lama masa yang diperlukan oleh Wulan untuk bersedia bekerja. Asyik tak ready dia saja.
"Bila nak mula bekerja? Pak Long dah tanya tu pasal Wulan."
Dahi Wulan berkerut. "Pak Long?"
Pak Long merupakan abang kepada papanya. Pak Long juga merupakan pemilik syarikat di mana papanya bekerja sekarang.
"Kenapa Pak Long tanya pasal Wulan pula mama?"
"Yalah, dia nak tahu bila kamu sedia bekerja dengan dia. Pak Long dah carikan kamu jawatan di syarikat tu."
Wulan membuat reaksi terkejut. Biar benar?
"Seriously mama?"
"Seriuslah. Tu yang mama nak tahu, bila kamu ready nak bekerja? Tak payah pergi jauh-jauh. Pak Long tu dah lama tunggu Wulan." Jawab Puan Hazira bersemangat.
"Tapi mama... Wulan tak ready lagilah. Tunggulah sehingga hati Wulan ni dah terbuka untuk bekerja." Rengek Wulan pada mamanya.
"Hesy budak ni kan... bilanya hati kamu nak terbuka kalau dah mindset kat otak tu tak ready lagi. Wulan tu dah lama menganggur. Nak ke kamu selamanya jadi macam ni?"
Mulut Wulan memuncung. Ini yang malas ni bila mama dah start membebel. Pedih oh telinga dibuatnya.
"Dengar tak mama cakap ni?"
"Ya mama. Wulan dengar."
"Ini demi kebaikan kamu juga Wulan..."
Rambut Wulan diusap perlahan. Kasih sayangnya terhadap Wulan sangat dalam. Wulan lah satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Anak sulungnya pula jarang balik ke rumah setelah memilih untuk tinggal bersama isterinya.
Wulan tersenyum. Tangan mamanya digenggam erat sambil memandang sayang ke arah mamanya.
"Wulan tahu mama buat semua ni sebab mama sayangkan Wulan. Wulan janji malam karang Wulan bincang dengan papa."
"Wulan naklah ni kerja?" Soal Puan Hazira meminta kepastian.
Wulan mengangguk laju.
"Tapi bincang aje dulu. Wulan tak puas enjoy lagi."
"Anak mama ni kan... tak puas lagi ke kamu nak berenjoy tu?"
Puan Hazira tidak berpuas hati. Nasib baik Wulan ni anak yang baik. Kalau tidak, risau dia dengan perkataan enjoy itu. Buatnya Wulan berbuat perkara yang tidak elok, dia juga yang akan disalahkan suaminya kerana gagal menjaga Wulan. Huish seram nak tatap wajah bengis suaminya bila tengah marah.
Wulan tergelak kecil.
"Bagilah Wulan masa lagi..." Rengeknya manja.
"Baiklah. Hari ini kamu keluar ke?"
"Ya ma." Teurs Wulan menjawab.
"Amboi..! kalau bab keluar ni, laju Wulan menjawab erk?"
Wulan sengih. Terkena batang hidung sendiri. Betullah tu kata mamanya...
Hari ini dia akan bertemu dengan kekasih hati. Tak sampai sehari lagi dia sudah rindukan lelaki itu.
Oh chef Raykal...
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...