Bab 67

16.4K 571 7
                                    


Wulan melemparkan senyuman lebar kepada Dania apabila gadis itu sudah melabuhkan punggung berhadapan dengannya. Dia yang meminta Dania datang menemuinya hari ini. Ada hal penting yang ingin dia bincangkan bersama Dania.

"Dah lama tunggu ke? Maaflah jalan sesak tadi."

"Tak apa. Tak lama pun saya tunggu awak. Sorry Nia... saya ganggu masa awak hari ini." Ujar Wulan dengan sengihan serba salahnya.

"Hesy! Tak adalah. Saya free aje hari ini. Niel pun cuti. So, boleh la tolong jaga anak-anak kejap. Awak kata nak tanya saya sesuatu. Jadi, apa dia?" Dania menyoal terus. Melihat wajah gadis di hadapannya itu, dia tahu Wulan mungkin sedang dilema dengan masalah. Rasa ingin tahunya semakin membuak-buak naik. Janganlah Raykal yang buat hal. Memang tempah penumbuk Dania gamaknya jika dia berbuat demikian pada Wulan yang sudah dikira sebagai seseorang yang rapat dengan dia.

"Sebenarnya benda ni mungkin tak penting tapi tidak bagi saya. Ianya sangat penting bagi saya. Mati hidup saya, rumah tangga saya, semua bergantung pada perkara yang ingin saya tanyakan pada awak."

"Hah?" Berkerut-kerut Dania memandang Wulan. Dia jadi blur tiba-tiba. Apa pula yang cuba Wulan sampaikan ini? Bisik hatinya.

"Saya kurang fahamlah Wulan. Kenapa? Raykal buat masalah ke? Dia dera awak? Dia buat awak?" Naik seoktaf suara Dania menyoal. Terfikir juga kalau benda itu terjadi, dia jatuh kesian pada Wulan.

"Bukan macam tu. Tak adanya Raykal nak dera saya."

Wulan sengih. Ke situ pula Dania ni. Selama ini, tidak pernah lagi Raykal menderanya. Ada pun sebelum mereka bernikah. Itu pun masa dia masih tergedik-gedik mengejar Raykal. Padanlah kena dera oleh chef Raykal. Tapi dera manja-manja aje. Suami aku tu hati lembut. Luaran saja nampak keras. Sempat lagi Wulan memuji suaminya. Sayang suami la katakan.

"Habis tu? Bagitahu la cepat Wulan. Tak sabar nak tahu ni." Gesa Dania lagi.

"Err... sebenarnya hubungan kami tak berapa nak baik beberapa hari ini." Wulan memulakan bicaranya. Tidak salah untuk dia berkongsi masalah rumah tangganya dengan Dania. Yang bakal diceritakan olehnya bukanlah sesuatu yang mengaibkan dia mahupun suaminya, Raykal. Dia cuma mahu pandangan Dania dan membantu dia dalam menyelesaikan masalah tersebut memandang Dania sudah pengalaman lebih jauh dalam menguruskan masalah rumah tangga. Dia yang baru ini, perlu bimbingan. Tambahan pula Dania bukannya sesiapa. Ahli keluarga terdekat Raykal juga. Dan Dania juga orang dia percayai sekarang ini. Entah sejak bila hubungan mereka jadi rapat.

"Saya mengaku saya yang salah sebab saya yang buat tak endah pada Raykal. Saya yang memulakan kedinginan antara kami."

"Kenapa awak buat macam tu? Awak tahu kan tak baik untuk seorang isteri berbuat begitu pada suaminya. Apa lagi bagi pasangan yang baru berkhawin macam kamu berdua." Pesan Dania dengan suara yang perlahan. Risau jika Wulan tersalah sangka dengan apa yang dia katakan ini. Dia tidak bermaksud untuk menyakitkan hati gadis itu. Dia cuma memberi nasihat yang baik agar Wulan tidak tersilap langkah yang akhirnya boleh menyebabkan runtuhnya masjid yang baru dibina.

"Saya tahu..." Wulan menunduk. Siapa kata mudah untuk dia berbuat demikian pada suami tercintanya? Dia juga terseksa untuk melalui semua ini. Namun, egonya lebih tinggi. Ego dapat menguasai segala kerinduannya pada lelaki yang bergelar suami.

"Tapi, saya buat macam tu tak bermaksud saya tak sayangkan dia. Saya sangat sayangkan Raykal. Saya takut dia tinggalkan saya suatu hari nanti. Saya tak sanggup membayangkannya Nia." Terluah juga apa yang menganggunya sejak pertemuannya dengan Elyana. Saban hari dia memikirkan cara untuk terus mengikat suaminya agar terus berada di sisinya.

"Apa yang buat awak terfikir sampai macam tu?"

"Awak mesti kenal dengan Elyana, kan?" Soal Wulan balik sambil memandang ke arah Dania. Mustahil jika Dania tidak kenal pada perempuan itu.

Perlahan-lahan Dania angguk. Dia, Raykal dan Elyana belajar di tempat yang sama dulu. Sudah tentulah dia kenal. Elyana juga dikhabarkan merupakan menantu yang dipilih oleh kedua orang tua Raykal untuk lelaki itu. Tapi, dah kenapa Wulan sebut pasal gadis itu? Ke... dia ada kena mengena dengan masalah Wulan dan Raykal? Dania terus diasak dengan pelbagai persoalan.

"Elyana nak jadi isteri kedua Raykal. Dia cintakan suami saya."

Membuntang mata Dania kerana terkejut. Betul-betul terkejut dengan berita yang baru disampaikan Wulan padanya. Jadi betullah... Elyana memang ada hati pada Raykal?

"Sebab Elyana, awak takut Raykal tinggalkan awak. Gitu?"

Wulan mengela nafas panjang sebelum kepala diangguk berkali-kali. Dia tersentak apabila tangannya diambil oleh Dania dan digenggam kemas oleh gadis itu.

"Wulan, saya percaya Raykal tak akan tinggalkan awak. Saya kenal sangat dengan dia tu. Dia anggap Elyana tak lebih dari seorang kawan saja. Sebab dia tak cintakan Elyana la dia tolak pilihan orang tua dia sendiri. Awak kena percayakan Raykal, Wulan." Dania cuba menyakinkan Wulan yang kelihatan seperti berputus asa. Sepupunya tidak bersalah. Janganlah Wulan berbuat sesuatu yang mampu merobekkan hati lelaki itu seperti yang pernah dia lakukan suatu ketika dahulu.

Wulan tersenyum kelat mendengarnya. Dia pecayakan Raykal akan tetapi rasa bimbang masih berlgar-legar di dalam dirinya.

"Saya percayakan suami saya, Nia. Dia dah berterus terang dengan saya dan pujuk saya berkali-kali. Saya memang percaya tapi saya buat acuh tak acuh di depan dia. Hati saya masih takut dan bimbang."

"Awak bimbang pasal apa lagi? Bukankah awak kata yang awak percayakan Raykal tidak akan tinggalkan awak?" Soal Dania, pelik.

Wulan senyap buat seketika. Nak cakap ke tidak? Mahu berterus terang, dia sebenarnya malu. Tapi jika tidak diluahkan, sia-sia saja dia meminta Dania datang menemuinya hari ini.

"Sebenarnya, saya takut Raykal tinggalkan saya dan memilih Elyana sebab zuriat saja. Elyana ada menjanjikan zuriat yang ramai jika Raykal sudi mengkhawininya. Sebab tu saya risau Nia. Risau kalau saya tak boleh berikan Raykal zuriat. Dah la suami saya tu suka dengan budak. Apa yang patut saya lakukan, Nia?" Soal Wulan lalu ketap bibir. Terpancar riak kerisauan di wajah itu.

Dania cuba untuk tidak tersenyum memandangkan riak wajah Wulan begitu serius membincangkan hal yang tidak terlalu berat ini. Lucu juga untuk dia dengari. Sebab itu aje? Hampir saja dia tidak percaya bila mengetahui perkara yang merisaukan hati gadis itu.

"Wulan, sehebat mana pun janji yang cuba Elyana buat tu, tetap tak akan mengubah pendirian Raykal. Iya, Raykal memang suka dengan budak. Tapi tak bermakna dia termakan dengan pujuk rayu daripada perempuan itu. Raykal ada isteri yang boleh beri dia zuriat."

Wulan memandang tepat ke arah Dania. Mereka saling berpandangan.

"Wulan, awak kan ada untuk beri dia anak-anak kelak? Jangan pernah fikir yang awak tak boleh berikan zuriat pada Raykal. Jangan berputus asa sebelum berjuang. Lagipun kamu berdua baru saja bernikah. Wajar kut awak tak mengandung lagi." Sambung Dania sambil menguntum senyuman buat Wulan.

Wulan tertunduk malu. Merah padan wajahnya ketika ini.

"Err... kalau awak tak kesah, boleh tak share tips kat saya?" Segan Wulan untuk bertanya sebenarnya. Namun, demi rumah tangga, demi Raykal, demi mendapat zuriat, dia sanggup walaupun terpaksa menebalkan muka pada Dania.

"Tips apa?"

"Tips hamil dengan kadar yang segera!"

Wulan sudah bertekad. Yang katanya sebelum ini tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu, kini tiba-tiba ada semangat untuk mengandungkan zuriat Raykal. Biarlah... asalkan Raykal ada di sisinya senantiasa.


Much love..

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now