Bab 37

17.8K 719 18
                                    

Wulan memberhentikan keretanya dihadapan kedai serbaneka untuk membelikan Zarina buah tangan. Ketika ingin memasuki ke dalam kedai tersebut, mata Wulan terpaku pada seorang wanita yang agak berusia dan berdiri tidak jauh daripadanya. Wanita itu kelihatan sedang menahan kesakitan.

Tiba-tiba wanita itu rebah. Wulan terperanjat. Akibat terasa panik yang amat sangat, melulu dia mendekati wanita itu.

"Aunty... aunty okey tak ni?" Soal Wulan sambil mengangkat tubuh wanita itu agar duduk dan tidak berbaring di atas jalan.

"Tolong.!!" Jerit Wulan sedikit kuat. Dalam keadaan genting begini dia begitu mengharapkan ada hamba Allah yang sudi menolong mereka. Dengan kudrat yang dia ada, mana mungkin dia mampu mengangkat tubuh wanita ini ke keretanya.

"Sakit..." Rintih wanita itu. Dadanya berombak laju. Tercungap-cungap dia untuk mencari pernafasan.

"Aunty sabar okey? Jangan pengsan dulu."

"Kenapa ni cik?"

Wulan segera mengangkat muka apabila ada suara yang menegur. Kelihatan seorang lelaki berdiri bersama seorang wanita disebelahnya. Pasangan suami isteri mungkin.

"Encik, boleh encik angkat tak aunty ni ke kereta saya? Saya nak bawa dia ke hospital."

"Boleh boleh.. mana kereta cik?" Soal lelaki itu seraya mengangkat tubuh aunty itu.

"Kat sini."

Wulan berjalan mendahului lelaki itu dan membuka pintu penumpang. Setelah wanita itu selamat masuk ke dalam kereta, dia segera menutup pintu. Wajah lelaki dan wanita tadi dipandang. Senyuman diberikan kepada mereka.

"Terima kasih banyak encik. Saya pergi dulu." Ucap Wulan pada pasangan itu.

"Sama-sama." Balas mereka serentak.

Wulan segera meloloskan diri ke dalam perut kereta dan memandu menuju ke hospital. Hospital yang terdekat dari sini hanya hospital Kee Wai. Ah lantak dialah hospital mahal. Asal aunty ni selamat. Bukan tiada hospital lain, tapi dia kena selamatkan aunty ini dengan kadar yang cepat dan segera.



"Bagaimana keadaan dia doc?" Soal Wulan setelah doktor wanita itu keluar daripada bilik wad VVIP yang menempatkan aunty tadi. Bukan Wulan yang menyuruh wanita itu ditempatkan di wad seperti ini tetapi doktor muda yang berada di hadapannya ini sendiri yang berbuat demikian. Rasanya doktor muda ini kenal dengan wanita itu.

"Cik ke yang membawa pesakit tadi ke sini?" Doktor muda itu tidak menjawab pertanyaan sebaliknya dia pula yang menyoal Wulan.

Wulan mengangguk laju.

"Dia selamat kan doc?"

Doktor itu tersenyum. Cantik senyumannya secantik orangnya. Sejuk mata memandangnya.

"Alhamdulillah pesakit selamat. By the way, saya Dania. Pesakit yang cik bawa tadi adalah aunty saya."

Wulan terpempan. Oh aunty dia rupanya... patutlah terus masuk wad VVIP. Tapi bukan ni wad untuk golongan berada saja ke? Takkan aunty yang aku selamatkan tadi tu mak datin pula? Alamak hai.... Ini petanda baik ke petanda buruk ni?

"Maaflah doc. Saya tak tahu. Saya hanya membantu aunty tu aje bila nampak dia pengsan. Nasib baik dia selamat." Terasa selesa pula bercerita dengan doktor Dania ni. Dah la muka manis lepas tu tak lekang lagi bibir dia dari senyuman. Kalau semua doktor kat sini macam dia, sure aku pilih hospital ini dari klinik mama.

"Tak apalah. Nasib baik ada cik. Saya nak ucap ribuan terima kasih pada cik kerana menyelamatkan nyawa aunty saya. Saya amat terhutang budi dengan cik." Ujar doktor Dania.

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now