Raykal merenung wajah ceria Wulan tanpa riak.
Dah tahu dah. Si bulan gerhana gemar memilih tempat meja 5. Lepas ni kena lebih berhati-hati bila ada pesanan dari meja 5. Seramlah... desis hati Raykal.
Wulan melemparkan senyuman yang sangat menawan kepada Raykal.
"Hai chef..!" Sapanya ramah.
"Big Beef Pasta and watermelon juice. Ada pesanan lain lagi cik bulan?"
"Duduklah dulu chef.. customer pun tak banyak."
Mata Wulan melilau ke sekeliling. Memang tak banyak pelanggan yang datang hari ini.
"So?" Raykal jongket kening.
"So... bukannya banyak yang chef kena buat kat dapur sana. Temanlah I makan sini." Wulan membuat muka yang comel. Merayu.
"Tak kuasa aku nak temankan kau makan.!"
"Chef jangan nak macam-macam dengan I. kalau tak nak I buat huru hara kat sini, lebih baik you duduk temankan I makan."
"Kau ugut aku ke apa ni?"
Bila dipandang muka serius Wulan, dia yakin gadis itu tidak bermain. Serius ke apa dia ugut aku?
Wulan tersenyum sinis. "You rasa?"
"Aku tak nak. Selamat menjamu selera cik bulan gerhana.."
Raykal memusingkan badan. Langsung tidak mempedulikan kata-kata ugutan Wulan sebentar tadi.
"Oh.. tak nak erk? Ingat I tak berani ke chef? Ini Wulan okey."
Wulan mengigit bawah bibirnya. Dipandang sahaja belakang tubuh Raykal. Dia tersenyum nakal.
"Raykal darling..!!" Panggil Wulan nyaring dan kuat.
Suara itu sedikit sebanyak berjaya menarik perhatian beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera di restoran tersebut.
Langkah Raykal terhenti. Dia terkedu.
Perlahan-lahan Wulan mendekati Raykal. Kemudian, selamba sahaja tangan lelaki itu digenggam.
Raykal kejung seperti terkena renjatan elektrik apabila tangan Wulan menggenggam tangannya kemas.
"Sayang.. temankan I makan please?" Wulan memujuk dengan suara yang cukup menggoda.
Raykal memandang tajam ke arah Wulan. Wulan pula langsung tidak terkesan dengan pandangan itu.
"Boy, temankanlah awek you tu makan. Kesian dia makan sorang-sorang." Tegur salah seorang pelanggan di restoran itu.
"Haah betul tu. Siap kena pujuk lagi. Bagilah muka sikit kat awek tu." Sokong si kawan pula.
Raykal menahan geram. Kecil besar kecil besar saja dia tengok dua manusia di tepinya itu.
Dek kerana kegeraman, genggaman tangan Wulan dibalas dengan kuat.
"Auch, sakitlah you.." Wulan mengadu sakit.
"Terima kasih atas nasihatnya. Saya memang nak temankan awek saya makan tadi. Cuma dia aje yang tak pandai sabar. Biasalah, dia ni gila sikit. By the way, maaf mengganggu saudari. Selamat menjamu selera kembali."
Raykal menundukkan sedikit kepala. Tanda dia menghormati pelanggan yang datang ke restoran ini. Kemudian, dia membawa Wulan ke meja gadis itu semula.
"Kau dah gila ke?" Soal Raykal berang sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di hadapan Wulan.
Gadis itu hanya tersengih-sengih. Panas pula hati Raykal melihatnya. Dia yang marah bagai nak rak, sebaliknya Wulan hanya membuat muka bersahaja.
"You jugak yang kata depan diorang tadi yang I ni memang gila."
Raykal cukup terpukul dengan kata-kata Wulan. Dia terasa hati ke?
"Kau terasa ke? Aku minta maaf." Kata Raykal perlahan.
"I tak terasa pun sayang. I tak makan cili so pedasnya I langsung tak terasa. Jangan rasa bersalah erk? Karang I sedih dengar you minta maaf." Wulan tergelak kecil seraya berkata.
Kata-kata Wulan sebentar tadi benar-benar menyentuh perasaan Raykal. Gadis itu sentiasa menjaga perasaannya. Walhal, dia berbuat yang sebaliknya.
"Tadi, you mengaku I ni girlfriend you.."
"Terpaksa.." Sepatah Raykal membalas.
"Tak apalah. Tapi, I happy bila dengar you cakap macam tu depan mereka. Rasa macam realiti saja."
Raykal memilih untuk senyap.
"Chef, you nak teman I makan ke?"
"Makanlah... aku teman."
Wulan senyum. Pasta disuapkan ke dalam mulut. Sedap sangat. Pasta chef Raykal memang sangat terbaik.
"Pasta you sangat sedap. I suka.!"
"Kau tak puji pun, aku dah lama tahu pasta yang aku masak memang sedap."
"Eee... jangan riak sayang. Tak baik.!"
"Siapa yang riak? Aku cakap yang betul okey..." Raykal masih tidak mahu mengalah.
Wulan mencebik.
"Nah..."
Pasta yang siap dililit di sekitar garpu diajukan kepada Raykal.
Raykal menaikkan kedua belah keningnya. Tidak lama kemudian, dia membuka mulut. Wulan dengan senang hati menyuapkan pasta ke dalam mulut Raykal.
"Sedap kan? Boyfriend I yang masak." Ujar Wulan sambil tersengih-sengih.
Raykal simpan senyum. Cool Raykal. Jangan tunjuk yang kau sudah termakan dengan pujian dia.
"Hari-hari makan benda yang sama, tak bosan ke?"
"Tak.. sebab you yang buat. Apa saja berkaitan dengan you, I tak pernah bosan."
Raykal berdeham.
"Aku cakap pasal makananlah cik bulan."
"Habis, you fikir I cakap pasal apa pulak?" Soal Wulan balik.
"Hah, dah pandai menjawab budak ni. Makanlah pasta kau tu. Kalau sejuk, dah tak sedap rasanya."
Wulan tergelak kecil. Comel sungguh Raykal memarahi dia.
Wulan kan.. orang marah ke, orang sedih ke, orang merajuk ke.. semua comel bagi dia. Tiada yang tak comel jika berkaitan dengan Raykal.
Raykal menongkat dagu. Memerhati Wulan yang sedang khusyuk makan.
"Chef.."
Serentak itu mata mereka bertembung apabila Wulan mengangkat wajah.
"Apa?" Raykal berpura-pura memandang ke arah lain. Macamlah Wulan tak nampak dia buat tadi. Choi.!!
"You masih marah ke I buat huru hara kat you tadi? Sorry erk, I cuma nak you temankan I makan. Tu aje."
"Selama ini okey aje kau makan sendiri."
"Entah. I teringin sangat jumpa chef. Dari semalam I asyik ingatkan you saja." Cukup bersahaja Wulan meluahkan rasa.
Mata bundar itu terus menjadi tatapan Raykal.
"Kau ni buat aku seram sejuklah.."
"Chef jangan takut. I janji, I tak akan sesekali buat benda tak elok kat chef. Tapi I akan jaga chef selamanya."
Raykal terkesima. Lebih-lebih lagi dengan senyuman Wulan yang lebar sehingga memperlihatkan kedua-kedua lesung pipitnya. Jujur, dia suka melihat perempuan yang mempunyai lesung pipit. Nampak comel!
"Aku pegang janji kau."
Giliran Wulan pula yang terkedu.
Pasta yang berada dalam mulut ditelan tanpa sempat dikunyah.
Sakit. Tekaknya sakit.
Much love..
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomansTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...