Wulan termenung jauh memikirkan permintaan suaminya tempoh hari. Jujur, dia belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang ibu. Untuk menjadi seorang isteri kepada Raykal pun dia masih banyak kekurangan, inikan pula jadi ibu kepada anak-anak mereka. Tetapi melihat kesungguhan Raykal untuk menimang anak sendiri membuatkan Wulan serba-salah. Apa yang harus dia lakukan sekarang ini.
"Babe, sampai bila kau nak termenung aje macam tu? Kau ajak aku ni untuk temankan kau termenung ke?" Soal Zarina. Sejak tadi lagi Wulan begitu. Makanan dia pun langsung tidak dikacau. Wulan ada masalah ke? Detik hati Zarina.
"Babe..." Panggil Wulan tanpa memandang Zarina.
"Hmm..."
"Best tak jadi ibu?"
Berkerut dahi Zarina mendengar pertanyaan Wulan. Dalam hati dia sudah tergelak lucu. Wulan ni.. dia salah orang untuk bertanya. Dah kenapa tanya dengan orang yang masih single? Tak patut betullah!
"Wulan, ada baiknya kau tanya aje dekat mama kau. Aku mana tahu apa-apa. Khawin pun aku belum lagi tau."
"Ops! Lupa pula yang kau ni bujang lagi." Wulan sengih.
"Aku tak akan jadi bujang kalau kau tak rampas buah hati aku. Kalau tak, dah lama aku dan chef Raykal terbang ke Tokyo untuk berbulan madu."
Wulan melopong. Aku tak salah dengar kan? Kain napkin di atas meja terus di baling ke muka Zarina. Balingannya tepat mengena ke sasaran.
"Babe!" Marah Zarina. Masam mukanya mejeling ke arah Wulan.
"Zarina sayang... please okay, jangan buat imaginasi kotor bersama suami aku. Tak guna pun kau buat macam tu. Chef Raykal dah jadi milik aku selamanya."
"Ruginya melepas.." Keluh Zarina. Menyesal pula dia tidak memikat Raykal terlebih dahulu sebelum Wulan.
"Apa boleh buat. Dia dah pilih aku jadi isteri dia. Kau janganlah risau babe. Ramai lagi lelaki kat luar sana. Once kau cari, berebut-rebut orang nak."
Zarina mengeluh perlahan. "Orang nak lelaki macam husband kau. Lelaki yang reti masak untuk aku. Kau tahu la aku ni kan macam mana? Dapur tu adalah tempat yang aku tak nak pijak."
Wulan tersenyum. Dia pun dua kali lima saja dengan Zarina. Tetapi itu dulu. Sekarang, segalanya berubah setelah dia bertemu dengan Raykal. Dia yang dulunya tidak reti memasak akhirnya semakin hari semakin mahir. Sejak hidup berumah tanggga, dia dan suaminya akan bersama-sama menyiapkan hidangan untuk mereka berdua. Setiap hari cuti, Raykal pasti akan mengajarnya memasak menu baru. Selain mengajar dia, ianya juga dapat mengeratkan hubungan mereka suami isteri. Dan yang paling, kasih sayang anatara mereka semakin dalam. Hidupnya terasa lengkap dengan adanya Raykal di sisinya.
"Chef lelaki kan berlambak kat Malaysia ni."
"Babe, apa kata kau minta Raykal recommandkan aku kat kawan dia atau kenalan dia? Yang pasti, aku nak seorang chef." Bersinar-sinar mata Zarina menyuarakan permintaannya. Mesti Raykal mempunyai ramai kenalan yang juga seorang chef.
Wulan terdiam buat seketika. Keluhan tipis tercetus di bibir merahnya.
"Babe, obvious sangat ke permintaan aku?" Soal Zarina saat menyedari perubahan riak wajah Wulan.
"Bukan macam tu. Actually Raykal dah tak jadi chef kat restoran dia tu."
"What do you mean?"
"Dia sekarang kerja kat syarikat family dia."
Zarina membuat riak wajah yang terkejut sampaikan terbuntang mata gadis itu memandang dia.
YOU ARE READING
My Mr. Chef ❤{Completed}
RomanceTekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang pent...