Bab 2

29.5K 1K 13
                                    

"Hah? Babe.. kau biar betul?"

Zarina agak terkejut apabila kawan baiknya itu mengaku bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seorang chef lelaki.

Diulang, seorang chef!

Bukan dia tidak kenal pada gadis bernama Wulan Raihana ini. Sudah berdekad-dekad kenalnya. Sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Dia tahu bagaimana taste Wulan pada seorang lelaki. Wulan sudah lama menyimpan angan-angan untuk mencari calon suami yang kaya raya. Alasan dia untuk mencari calon suami kaya hanya satu iaitu dia inginkan kehidupan yang mewah.

Dengan sikapnya yang malas untuk mencari kerja dan bekerja tetapi inginkan kemewahan, hanya dengan cara itu dia mampu untuk mendapatkan segala angan-angan untuk menjadi kaya.

Dan hari ini Wulan mengkhabarkan pula kepadanya mengenai berita sebalik daripada keinginannya untuk mencari calon suami yang kaya raya.

Seorang chef?

Mampukah lelaki itu memberikan Wulan kemewahan seperti yang dimahukan oleh gadis itu?

Rasanya mama dan papa Wulan lagi kaya daripada lelaki itu.

Entah la angin si Wulan ni..

Betullah kata orang.. bila kau dah jatuh cinta, kau tak akan ingat dunia dah.

Buktinya, Wulan sudah melupakan niat asalnya apabila terjatuh cinta dengan lelaki itu.

Wajah si teman yang sedang tersenyum sendiri itu dipandang. Memang betullah dia sudah terkena panahan cinta pandang pertama.

Tersenyum-senyum Wulan apabila mengingatkan pertemuannya dengan si jejaka di siang hari tadi. Malamnya, terus dia khabarkan pada Zarina, bestfriend forever dia.

"Apa yang tak betulnya babe? Betullah. Handsome kut mamat tu. Aku sukakan dia." Akui Wulan.

Zarina melopong.

"Wulan fall in love with a chef? Tak percaya aku. Bukan kau nak cari calon suami yang kaya ke?"

Wulan mengangkat kening seperti berfikir.

Iya tak iya juga. Dia sebenarnya sudah jauh tersasar daripada tujuan utama.

Mengapa harus dia jatuh cinta pada lelaki yang hanya bekerja sebagai chef? Dia inginkan lelaki yang kaya untuk dijadikan suami.

"Memanglah aku nak calon suami yang kaya.. masalahnya aku tak jumpa lagi dan sekarang aku dah jatuh cinta dengan chef pulak. Nak buat macam mana?"

Zarina mengeluh perlahan. Wajah Wulan yang berubah kelat itu dipandang.

"Ala.. anggap ajelah chef tu cinta monyet kau. Kau jangan lupa dengan target kau tu."

"Cari calon suami yang kaya?"

Zarina mengangguk kepala.

"Tepat sekali."

Wulan mencebikkan bibirnya.

"Babe.. aku rasa aku tak nak teruskan misi aku untuk mencari calon suami yang kaya dah.."

"What? Are you serious babe? Kau jangan sampai nak menyesal babe. Kau kata tak nak kerja dan nak future husband kau tanggung kau saja. Dengan kerja chef macam tu, mana dia mampu nak beri kau kemewahan babe.. kau tu cantik. Berbaris lagi  anak-anak Tan Sri nakkan kau. Jangan mengalah erk? Teruskan aje misi kau. Lupakan cinta pandang pertama kau dengan chef tu." Pesan Zarina panjang lebar.

Hesy.. Wulan ni memang tak tetap pendirian langsung. Sekejap saja misi masa depannya yang sudah dirancang berkurun lamanya berubah.

Wulan senyap. Lama dia menghadam kata-kata nasihat daripada Zarina sebentar tadi.

Ada benarnya juga.

Tapi..

"Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan chef itu babe."

"Tak main-main?"

Wulan menggeleng.

Dia tidak akan bergurau jika melibatkan tentang hati dan perasaan. Dia serius. Dia dalam ingatannya kini hanya ada seraut wajah kacak chef tadi.

Oh chef..

"Kau ni dah jauh tersasar dari target utama kau." Komen Zarina.

"Tak kisah la dia chef.. asalkan ada cinta.

Tersengih-sengih Wulan bila menyebut perkataan cinta.

Dia sudah dilamun cinta. Dah tu dilamun cinta dengan chef lagi.

chef pun chef la..

Ada kelas atau takda kelas sekalipun.. dia tetapkan akan meneruskan misi barunya.

Misi menggoda si chef.

"Eee.. gelilah aku tengok kau ni. Sah. Kau dah angau dengan chef kau tu."

"Memang pun.." balas Wulan bersahaja.

Tiba-tiba hatinya tidak sabar untuk menemui si buah hati esok hari.

Wait for me my chef..


Much love..

My Mr. Chef ❤{Completed} Where stories live. Discover now